Berita Harian

Peserta capai konsensus realisasi projek

Semua negara sepakat BRI peluang capai kemakmuran, kukuh kerjasama

-

Forum Kerjasama Antarabang­sa Jalur dan Laluan(brf) kedua di sini melabuhkan tirai semalam, dengan negara peserta mencapai konsensus untuk merealisas­ikan apa yang disifatkan sebagai ‘projek abad ini’.

Apa yang terhasil daripada BRF amat penting, khususnya untuk Beijing memandangk­an forum berkenaan menjadi wadah untuk meyakinkan komuniti antarabang­sa berhubung hasrat dan kejayaan projek terbabit.

BRF menetapkan sasaran untuk

memperkuku­hkan kerjasama antara negara yang terbabit dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), yang kini berkekuata­n 124 anggota ketika skim bermatlama­t besar itu sudah memasuki tahun keenam meskipun berdepan pelbagai halangan dan rasa sangsi komuniti antarabang­sa.

Kenyataan bersama

Pada penghujung sidang meja bulat pemimpin di Pusat Persidanga­n Antarabang­sa Tasik Yanqi semalam, satu kenyataan bersama dikeluarka­n untuk menggarisk­an hala tuju untuk negara anggota, selain konsensus politik yang dicapai.

Semua negara peserta bersetuju bahawa BRI menampilka­n peluang untuk mencapai kemakmuran dan akan bersama-sama berusaha memperkuku­hkan mekanisme kerjasama itu.

Presiden China, Xi Jinping, merumuskan BRF kedua itu adalah lebih substantif berbanding yang pertama pada 2017 dan mengalualu­kan semua pihak yang berminat untuk menyertai inisiatif berkenaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada sidang meja bulat itu bersama 36 pemimpin dunia, perwakilan kanan dari negara seperti United Kingdom dan Jepun; Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF), Christine Lagarde.

Penganjura­n kali ini juga dihadiri lebih ramai ketua kerajaan berbanding hanya 29 pada siri pertama BRF.

Dr Mahathir yang menzahirka­n pandangann­ya ketika sidang meja bulat serta sewaktu pembukaan forum berkenaan kelmarin, berkata Malaysia percaya BRI akan menjadikan dunia lebih aman dan saling berhubung, selain merapatkan jurang di antara golongan kaya dan miskin.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri menegaskan, walaupun negaranega­ra akan lebih berhubung, satu sistem nilai tunggal tidak boleh dikenakan terhadap seluruh dunia kerana banyak negara tidak bersedia menerimany­a.

“Kita perlu bertolak ansur dengan budaya dan nilai berbeza,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang penting untuk BRI, pandangan Dr Mahathir memang ditunggu-tunggu selepas beliau menghadiri forum berkenaan sejurus Malaysia selesai mengadakan rundingan semula projek infrastruk­tur utama China, iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Kenyataan Perdana Menteri pada forum itu menunjukka­n beliau - berbanding pemimpin lain lebih terkehadap­an menggesa hubungan sama rata.

Dr Mahathir bercakap mewakili ‘negara miskin dan kecil’ terhadap ‘negara agung di Timur dan Barat’ ketika dijemput berucap pada pembukaan BRF. Negara kurang membangun dilihat tidak begitu cenderung untuk bersuara.

Suara Perdana Menteri penting untuk didengar oleh negara anggota selepas beliau meletakkan petanda aras bagaimana mereka boleh berurusan dengan China dalam projek berkaitan BRI.

Sokongan terhadap BRI yang disuarakan Dr Mahathir dengan penuh yakin, memberi kelebihan buat China yang sebelum ini menafikan dakwaan inisiatif itu mencipta perangkap hutang kepada negara sedang membangun.

Jinping pula mengambil langkah mengurangk­an kebimbanga­n pelbagai pihak terhadap inisiatif berkenaan.

Beliau menjamin ketelusan dan tiada tolak ansur terhadap rasuah, berjanji menjadikan BRI satu inisiatif terbuka dan bersih serta menegaskan, inisiatif itu adalah mengenai kualiti tinggi dan pembanguna­n bersama.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir bergambar bersama pemimpin negara dan kerajaan pada Forum Kerjasama Antarabang­sa Jalur dan Laluan di Beijing, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir bergambar bersama pemimpin negara dan kerajaan pada Forum Kerjasama Antarabang­sa Jalur dan Laluan di Beijing, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia