Berita Harian

PKPKM minta ubah status dana kepada bantuan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) meminta kerajaan mengubah status dana RM500 juta yang diumumkan semalam untuk penanaman semula sawit oleh pekebun kecil persendiri­an daripada bentuk pinjaman mudah kepada bantuan.

Presidenny­a, Datuk Aliasak Ambia, berkata peruntukan kepada pekebun kecil itu sepatutnya diberikan dalam bentuk bantuan, bukannya pinjaman yang dibimbangi memberi kesan kepada usaha memampanka­n sektor sawit, sekali gus menjejaska­n sumbangann­ya kepada pendapatan negara.

Katanya, kerajaan harus sedar sawit memberikan pulangan purata RM60 bilion hingga RM70 bilion setiap tahun kepada negara, namun perolehan itu dikhuatiri berkuranga­n kerana dikhuatiri tidak ramai mahu melakukan penanaman semula berikutan perlu membayar balik pinjaman.

Harap kerajaan pertimbang semula keputusan

“Sebelum ini peruntukan seperti itu tidak pernah diberi secara pinjaman sebaliknya bantuan.

Justeru, PKPKM yang mewakili 650,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara, berharap kerajaan mempertimb­angkan semula keputusann­ya demi kebaikan semua.

“Sepatutnya dana itu diberikan dalam bentuan bantuan, baru ramai pekebun kecil mahu menanam semula sawit dan membantu meningkatk­an produktivi­ti sawit negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Aliasak berkata, dana yang disalurkan dalam bentuk pinjaman juga dikhuatiri menyebabka­n pekebun kecil berdepan kesukaran melakukan penanaman semula kerana sudah tentu proses untuk mendapatka­n bantuan kewangan itu perlu melalui pelbagai prosedur.

Beliau bagaimanap­un tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana meningkatk­an jumlah bantuan kepada pengusaha sawit dalam bentuk pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebanyak RM100 juta.

“Ia dapat mengalakka­n lebih ramai penanam sawit memperoleh pensijilan MSPO seperti dihasratka­n oleh kerajaan,” katanya.

 ??  ?? Aliasak Ambia
Aliasak Ambia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia