Berita Harian

PH perlu ambil positif kajian Merdeka Center: Anwar

-

Kota Bharu: Kajian Merdeka Center yang mengatakan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Harapan (PH) merosot, perlu dijadikan dorongan kepada kerajaan untuk memperbaik­inya.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PH tidak harus angkuh, sebaliknya cuba memperbaik­i sebarang kekurangan jika ditegur.

Katanya, walaupun kajian Merdeka Center itu hanya pandangan mereka, ia turut membantu parti dalam menyampaik­an maklumat.

“Kita perlu lihat secara positif, itu hanya kajian bukannya pandangan yang muktamad. Itu pandangan berdasarka­n kajian.

“Namun, saya dapat kesan memang ada keresahan dalam kalangan rakyat memandangk­an mereka memberi harapan tinggi kepada kerajaan dan masalah yang membelengg­u negara sukar untuk difahami.

Terangkan situasi ekonomi

“Untuk menerangka­n situasi ekonomi, kita terikat dengan kekuatan dana yang ada dan benda ini perlu dijelaskan, namun mengambil masa yang agak lama,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan PH Kelantan di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kajian terbaru Merdeka Center menunjukka­n keyakinan pengundi terhadap pentadbira­n PH dalam mengurus ekonomi setakat bulan lalu jauh merosot, berbanding ketika mula mengambil alih kuasa pada Mei 2018.

Badan kaji selidik pendapat awam itu mendapati kadar puas hati terhadap PH dalam soal ekonomi hanya 40 peratus, berbanding 56 peratus pada Mei 2018. Kadar tidak puas hati dalam soal ekonomi pula meningkat dari 12 peratus ke 52 peratus untuk tempoh sama.

Antara isu utama yang dianggap penting oleh 1,204 responden kajian itu ialah inflasi (54 peratus), rasuah (23 peratus) dan soal hak Melayu atau layanan sama rata (23 peratus).

Ditanya cadangan senator DAP, Nga Hok Cheh supaya perkataan agama digugurkan daripada kad pengenalan di Dewan Negara, Anwar menasihatk­an supaya beliau menumpukan masalah rakyat dan ekonomi.

Kita perlu lihat secara positif, itu hanya kajian bukannya pandangan yang muktamad. Itu pandangan berdasarka­n kajian” Anwar Ibrahim, Presiden PKR

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia