Berita Harian

Tempoh penguatkua­saan dilanjut mulai Ramadan

Langkah elak manipulasi, kenaikan harga pada musim perayaan

- Oleh Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@bh.com.my

Jenis barang dalam senarai skim kawalan harga akan ditambah manakala tempoh penguatkua­saannya dipanjangk­an bermula Ramadan ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata

konsep skim kawalan harga baharu itu dikuat kuasa bagi memastikan tidak berlaku manipulasi atau kenaikan harga barang kawalan pada musim perayaan.

Belum putus senarai harga

“Kita belum putuskan berapa panjang tempoh yang sesuai dan senarai harga barangan.

“Bagaimanap­un, yang pasti ia lebih panjang berbanding sebelum ini, malah senarainya mungkin bertambah. Apa pun tunggu ia diumum nanti,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Kayuhan Pengguna Bijak, di sini.

Skim kawalan harga yang dilaksanak­an KPDNHEP pada setiap musim perayaan khususnya Aidilfitri, biasanya dikuat kuasa sekitar 15 hari iaitu sebelum, ketika dan selepas sambutan Aidilfitri.

Sementara itu, Saifuddin berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bekalan cili merah tidak terputus kepada pengguna.

Pastikan bekalan mencukupi

Beliau berkata, larangan kemasukan cili merah Vietnam ke negara ini menyebabka­n KPDNHEP bimbang mengenai bekalan sayuran itu, terutama menjelang musim perayaan.

“Sebenarnya kita banyak bergantung kepada cili merah Vietnam, namun kita sudah berbincang dengan Kementeria­n Pertanian dan Asas Tani untuk pastikan bekalan sentiasa mencukupi,” katanya.

Pada September tahun lalu, kerajaan mengumumka­n larangan kemasukan cili merah dari Vietnam selepas ia disahkan mengandung­i sisa racun terlarang.

Orang Asli masih terpinggir dalam semua aspek seperti ekonomi, politik dan sebagainya. Maka bagi membantu mereka, kementeria­n akan beri sedikit kelonggara­n kepada masyarakat itu untuk kemasukan ke pusat TVET di negara ini” M Kulasegara­n, Menteri Sumber Manusia

 ?? [FOTO MIKAIL ONG/BH] ?? Saifuddin bersama peserta pada Program Kayuhan Pengguna Bijak di Georgetown, semalam.
[FOTO MIKAIL ONG/BH] Saifuddin bersama peserta pada Program Kayuhan Pengguna Bijak di Georgetown, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia