Berita Harian

Saingan lima penjuru

Pertembung­an antara DAP, PBS, tiga calon Bebas

- Oleh Poliana Ronnie Sidom dan Avila Geraldine bhnews@nstp.com.my

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan pada 11 Mei ini menyaksika­n pertembung­an lima penjuru antara calon DAP, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan tiga calon Bebas.

DAP diwakili Vivian Wong Shir Yee, 30, yang juga anak penyandang kerusi berkenaan, manakala PBS diwakili bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin, 63.

Tiga calon Bebas adalah bekas pengasas Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah, Hamzah Abdullah; bekas pengurus operasi syarikat ladang sawit, Chia Siew Yung dan bekas pembantu tadbir di Pusat Khidmat Parlimen Sandakan, Sulaiman Abdul Samat.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus

PRK Parlimen Sandakan, Mohd Hamsan Awang Supain pada jam 10.30, pagi, semalam.

PRK Parlimen Sandakan diadakan susulan kematian penyandang­nya, mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tien Fatt yang juga Pengerusi DAP Sabah menang dengan majoriti 10,098 undi selepas memperoleh 19,094 undi berbanding 8,996 undi diperoleh lawannya daripada BN yang diwakili calon LDP, Datuk Lim Ming Hoo.

Undi awal pada 11 Mei

Hari mengundi awal bagi PRK Parlimen Sandakan ditetapkan pada 7 Mei, manakala hari mengundi pada 11 Mei.

Terdahulu, Shir Yee tiba di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Sandakan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua pada jam 9.10 pagi dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Shir Yee yang juga anak bongsu bekas Ahli Parlimen Sandakan, mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, tiba pada jam 9.10 pagi, calon terakhir tiba di pusat penamaan calon itu.

Pemimpin lain yang turut hadir ialah Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau.

Diiringi dua kakak

Shir Yee diiringi dua kakaknya masuk ke dewan penamaan calon di mana empat calon lain sudah menunggu menyerahka­n kertas pencalonan masing-masing.

Calon PBS, Thau Lin yang tiba lebih awal, iaitu jam 8.25 pagi, diiringi Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, kelihatan mendekati Vivian sejurus beliau masuk dewan dan bersalaman sebelum menyapa tiga calon lain yang bertanding tiket Bebas.

Calon Bebas, Sulaiman Abdul Samat adalah yang pertama memfailkan kertas penamaan ketika dewan pusat penamaan calon itu dibuka pada jam 9 pagi.

Sulaiman yang memakai songkok adalah bekas Pembantu Tadbir di Pusat Khidmat Parlimen Sandakan.

Selepas beliau, calon kedua yang memfailkan kertas pencalonan ialah Thau Lin, diikuti dua lagi calon Bebas iaitu Hamzah dan bekas eksekutif syarikat sawit, Chia Siew Yung.

Dalam PRK ini, calon Bebas, Sulaiman menggunaka­n logo kerusi, Hamzah dengan logo pokok dan Siew Yung dengan logo kunci.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? (Dari kiri) Hamzah, Sulaiman, Shir Yee, Siew Yung dan Thau Lin pada penamaan calon PRK Sandakan di SMJK Tiong Hua, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] (Dari kiri) Hamzah, Sulaiman, Shir Yee, Siew Yung dan Thau Lin pada penamaan calon PRK Sandakan di SMJK Tiong Hua, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia