Berita Harian

Dianiaya pelbagai pihak punca gagal ubah diri

Stigma, sikap masyarakat pandang hina cetus tekanan melampau, dorong ulangi kesalahan

- Oleh Fahmy A Rosli dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Usaha bekas banduan mengubah nasib diri serta lari daripada pengaruh dadah selepas dibebaskan dari penjara, sering menemui jalan buntu kerana dianiaya pelbagai pihak.

Aktivis sosial yang giat membantu gelandanga­n sekitar ibu kota yang enggan namanya disiarkan, berkata golongan terbabit yang digelarnya sebagai rakan jalanan, terpinggir dan sering dipandang hina serta disisihkan segenap masyarakat termasuk gelandanga­n sendiri, sehingga wujud stigma yang membuatkan semangat mereka kian luntur untuk berubah.

Beliau berkata, stigma yang menebal ditambah sikap masyarakat yang memandang hina golongan itu, akhirnya mencetuska­n tekanan melampau, sekali gus mendorong mereka mengulangi kesalahan lama.

Wujud sikap double standard

“Bila mereka nak kerja di kedai makan, orang tuduh mereka ini ada HIV. Bila nak mohon kerja sebagai pengawal keselamata­n, rekod mereka sangkut sebab pernah terbabit jenayah. Pergi klinik jumpa doktor pun, layanan pun double standard (pilih kasih). Dengan gelandanga­n normal pun, mereka ini dianiaya.

“Mereka hidup dibelenggu stigma masyarakat pelbagai lapisan. Apabila mereka dibebaskan dari penjara, mereka akan cari kawan yang on (masih hisap dadah) untuk penggantun­gan hidup. Golongan ini akan bantu kawan walau macam mana sekalipun.

“Kawan yang bersih (dadah) tidak akan terima mereka. Keluarga pun tidak akan terima lagi sebab baharu keluar penjara. Sebab apa mereka hisap (dadah) balik (semula) sebab stres (tertekan),” katanya ketika ditemui BH selepas mengagihka­n makanan kepada gelandanga­n di ibu kota, baru-baru ini.

‘Tempat rehabilita­si’

Aktivis itu berkata, kawasan ibu kota ini seperti Chow Kit dan Puduraya boleh dianggap ‘stesen’ tumpuan bekas banduan yang pernah mendiami Penjara Kajang.

Beliau berkata, ada juga banduan yang mati di situ kerana mereka menganggap kawasan terbabit umpama ‘tempat rehabilita­si’.

Katanya, banduan veteran yang sudah lama mendiami kawasan itu berusia 50 hingga 60 tahun tetapi masih kuat bekerja mengutip tin, barang lusuh dan kotak.

“Tempat tinggal mereka cukup sekadar tidur di tepi jalan, bersebelah­an tong sampah, celah kedai atau lorong. Jika tidak diselamatk­an dan dipindahka­n ke mana-mana institusi, begitulah kehidupan mereka sehingga meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini tiada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mampu membantu golongan berkenaan secara berterusan kerana berdepan kekangan dana.

Kawan yang bersih (dadah) tidak akan terima mereka. Keluarga pun tidak akan terima lagi sebab baharu keluar penjara. Sebab apa mereka hisap (dadah) balik (semula) sebab stres (tertekan)” Aktivis sosial

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ??  ?? Aktivis mengagihka­n makanan kepada bekas banduan dan gelandanga­n di sekitar Chow Kit, baru-baru ini.
Aktivis mengagihka­n makanan kepada bekas banduan dan gelandanga­n di sekitar Chow Kit, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia