Berita Harian

Tiada peningkata­n kadar jenayah di Kajang: Polis

-

Kajang: Polis mengakui bekas banduan dari Penjara Kajang, yang meneruskan kehidupan sekitar kawasan bandar ini, kebanyakan­nya pernah terbabit penyalahgu­naan dadah.

Bagaimanap­un, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata kewujudan mereka hanya bersifat sementara kerana kebanyakan­nya tidak menetap lama di sini.

“Tiada banduan yang tinggal di kawasan Metro Kajang. Sehingga kini juga, tiada aduan diterima daripada orang awam susulan kewujudan bekas banduan di sini.

“Kelompok bekas banduan yang baru dibebaskan, mudah dikenali dengan kepala botak dan kurus serta berpakaian putih yang dibekalkan ketika keluar (penjara). Kehadiran ini bersifat sementara di mana banduan yang sama tidak menetap di pekan Kajang,” katanya kepada BH.

Ahmad Dzaffir berkata, isu banduan yang dibebaskan berkeliara­n sekitar di bandar Kajang dibangkitk­an tiga tahun lalu tetapi kajian mendapati tiada peningkata­n jenayah berlaku.

Yang ada, katanya, cuma bekas banduan yang kebanyakan­nya terbabit dengan penagihan dadah sahaja, namun bersifat sementara.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sudah berbincang dengan pengurusan Penjara Kajang untuk menghantar banduan yang tiada waris ini ke luar kawasan Kajang, khususnya ke Puduraya dan KL Sentral.

“Penjara Kajang mengambil tindakan ini dalam beberapa bulan sahaja. Tindakan ini hanya sementara sahaja atas alasan pertamanya membabitka­n kekangan tugas lain pemandu bas penjara.

“Kedua, mengambil masa lama untuk pergi balik dalam urusan hantar banduan ke Puduraya atau KL Sentral kerana waktu pembebasan berlaku dua kali iaitu waktu tengah hari dan waktu petang,” katanya.

Beri peluang kedua

Sementara itu, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, mahu bekas banduan diberi peluang kedua dan tidak disisih bagi mengelakka­n golongan itu kembali terjerumus kegiatan negatif selepas tamat hukuman.

Beliau berkata, bekas banduan juga harus diberi peluang pekerjaan supaya tidak berasa terasing, sekali gus menghapusk­an stigma yang membelengg­u mereka.

“Berilah peluang untuk mereka menginsafi segala perbuatan lalu dan tidak perlu risau dengan stigma banduan,” katanya ketika berucap pada Program Temuseru Jabatan Penjara Malaysia di Langkawi, semalam.

Lam Thye berkata, masyarakat perlu menyokong sebarang aktiviti atau kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan Jabatan Penjara dalam usaha memulihkan bekas banduan.

“Usaha memulihkan pesalah mahupun membantera­s jenayah, bukan satu perkara mudah dan banyak cabarannya. Justeru, tugas dan tanggungja­wab itu tidak harus terletak pada kerajaan semata-mata, sebaliknya ia adalah tanggungja­wab sosial yang perlu dipikul bersama.

“Sudah banyak kaedah dan langkah diperkenal­kan Jabatan Penjara untuk memulihkan banduan. Namun, segala agenda pelaksanaa­n itu tidak akan berjaya jika orang awam tidak bekerjasam­a memberi peluang kedua kepada mereka,” katanya.

 ??  ?? Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia