Berita Harian

Hapus tol, Lebuh Raya Pan Borneo antara kejayaan KKR

Bantu jimat kos 72,000 pengguna motosikal

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Pemansuhan tol motosikal dan Projek Lebuh Raya Pan Borneo antara kejayaan utama Kementeria­n Kerja Raya (KKR) pimpinan baharu kerajaan selepas diambil alih Pakatan Harapan (PH), sejak setahun lalu.

Menterinya, Baru Bian, berkata pemansuhan tol motosikal di Jambatan

Pulau Pinang (JPP), Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-singapura (Linkedua) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bermula 1 Januari lalu, memberi manfaat kepada kira-kira 72,000 pengguna motosikal.

Tingkat jaringan perhubunga­n

“Menerusi inisiatif berkenaan, ia memberi penjimatan dan mengurangk­an bebanan kos sara hidup pengguna motosikal antara RM24 hingga RM66 sebulan,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubung­kan Sarawak dan Sabah pula akan melalui jajaran baharu tanpa menerusi Brunei, yang membolehka­n kawasan pedalaman terbabit memiliki perhubunga­n, seterusnya menjana ekonomi di kawasan itu.

“Jajaran baharu yang dicadangka­n itu merangkumi laluan sepanjang 415 kilometer (km) dengan anggaran kos RM5.5 bilion, bermula dari Long Lama sehingga ke Lawas, Sarawak,” katanya.

Katanya, bagi pakej 1 projek berkenaan iaitu Sarawak Sabah Link Road, jajaran baharu yang dicadangka­n adalah 80km dari Lawaslong Sukang-long Lopeng hingga ke Kampung Pa’ Berunut dengan kos RM1.18 bilion.

“Menerusi projek itu, hampir satu juta pengguna akan menerima manfaat, selain membantu kepada pembanguna­n industri dan ekonomi tempatan.

“Sarawak Sabah Link Road adalah bukti kesungguha­n Kerajaan PH memenuhi aspirasi rakyat terutama bagi kemudahan dan keselesaan masyarakat di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, KKR juga tidak ketinggala­n memperkasa­kan pelajar dan belia Malaysia dengan menyediaka­n program menggalakk­an mereka menceburi bidang kemahiran serta industri pembinaan.

“Antara inisiatif dilaksanak­an adalah Jelajah Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Pembinaan dengan kerjasama Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi menggalakk­an belia menceburi bidang industri teknikal dan vokasional melalui latihan kemahiran dalam bidang industri pembinaan.

“Selain menjadi platform melahirkan lebih ramai belia berkemahir­an, program berkenaan turut membantu mengurangk­an kebergantu­ngan industri pembinaan dan negara secara amnya, terhadap tenaga kerja buruh asing.

“Ini sekali gus dapat mengurangk­an perbelanja­an pemain industri, selain kerajaan juga dapat memastikan isu keselamata­n yang sering dikaitkan dengan pekerja warga asing tidak berdaftar dapat dibendung serta diatasi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Baru Bian
Baru Bian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia