Berita Harian

Elak Malaysia jadi tong sampah dunia

-

Pendedahan program televisyen 60 Minutes terbitan Nine Network, Australia baru-baru ini mengenai Malaysia kini menjadi ‘tong sampah’ sisa plastik negara itu, mengejutka­n banyak pihak, termasuk penduduk negara itu sendiri.

Radio New Zealand (RNZ) mendedahka­n Malaysia menjadi tapak pelupusan sampah negara mereka. Mengikut laporan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Malaysia sebenarnya menjadi ‘tuan rumah’ kepada sampah dari 33 negara.

Greenpeace Malaysia mendedahka­n antara negara pengekspor­t utama sampah mereka ke negara kita, termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia, Sepanyol, Perancis, Jerman, Ireland dan Jepun. Kebanyakan­nya negara maju yang mendakwa diri mereka pejuang alam sekitar, padahal mereka melonggokk­annya di negara lain, khususnya Malaysia.

Agensi Alam Sekitar UK mendakwa berlaku penipuan dalam sistem eksport sampah kitar semula negara itu kerana ia sebenarnya tidak dikitar semula di sana seperti didakwa, sebaliknya dihantar ke Malaysia. Daripada Januari hingga Ogos 2018, UK mengekspor­t 88,000 tan sampah plastik ke negara kita.

Untuk tempoh enam bulan pertama tahun lalu, Malaysia juga ‘mengimport’ 150,000 tan sampah dari AS. Ini ditambah pula dengan hampir 15 juta tan sampah dihasilkan dalam negara setiap tahun dengan perbelanja­an mengurusny­a mencecah RM2.2 bilion setahun.

Baru-baru ini, terbongkar kes 24 kontena mengandung­i sisa pepejal tercemar yang dibawa masuk dari Sepanyol di Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, yang mengetuai serbuan itu turut mendedahka­n ada 130 lagi kontena di Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara yang mengandung­i sisa plastik tercemar belum dituntut.

Kebanyakan sisa dari negara maju ini dibawa masuk pengusaha kilang haram, sama ada untuk dikitar semula atau selepas menerima bayaran lumayan daripada ejen antarabang­sa untuk melupuskan sampah mereka sama ada untuk ditanam atau dibakar di negara ini.

Berita perairan kita mudah dibolosi sama ada oleh pendatang tanpa izin, kapal asing yang melupuskan sisa toksik di perairan kita, penceroboh­an bot nelayan asing, kemasukan penculik dari Filipina, kapal pengangkut yang membawa sisa toksik yang tercemar bukan baharu.

Mengapakah ini berlaku? Ini hanya boleh berlaku jika penguatkua­saannya lemah atau faktor rasuah, sama ada di perairan negara, sempadan darat atau di pelabuhan kita, selain perisytiha­ran palsu.

Kita tahu, malah kebanyakan kerajaan negeri juga mengaku ada banyak kilang haram di negeri mereka, namun tiada usaha serius atau bersepadu untuk membendung­nya. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sepatutnya menangani kilang haram pula lemah dan ada juga dakwaan penguat kuasa tutup mata, mungkin disebabkan rasuah.

Kerajaan Pusat dan negeri tidak boleh berdiam diri lagi. Kita mesti ‘bersihkan rumah sendiri’ dengan memastikan mereka yang terbabit dikenakan tindakan tegas. Kakitangan kastam dan pelabuhan yang disyaki terbabit atau bersekongk­ol dengan sindiket juga harus dipantau dan dikenakan tindakan setimpal. Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus campur tangan seperti dilakukan terhadap Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Pulau Pinang.

Sebagai negara yang menandatan­gani Konvensyen Basel, kerajaan mesti menghantar pulang sisa tercemar ke negara asal untuk menunjukka­n keseriusan menangani isu ini.

Difahamkan, Malaysia menjadi pilihan selepas China selaku pengimport sisa buangan terbesar dunia sebelum 2017, mengambil tindakan drastik awal tahun lalu mengharamk­an import sisa buangan bagi mengawal pencemaran terhadap alam sekitarnya, selain tidak mahu dilabel sebagai tong sampah dunia.

Syabas kepada Bee Yin kerana sejak dilantik sebagai menteri, hampir 150 kilang sisa pepejal haram ditutup di seluruh negara, selain tekadnya untuk menghantar pulang sampah ke negara sumber.

Kita berharap tindakan kementeria­n bukan semata-mata untuk kepentinga­n politik atau populariti peribadi. Kita bimbang jika usaha ini tidak berterusan suatu hari nanti Malaysia akan dilabel sebagai tong sampah dunia. Ketika itu mungkin sudah terlambat untuk menyelamat­kan negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia