Berita Harian

‘Retak hingga nampak dapur jiran’

Penduduk harap pembaikan selesai sebelum Ramadan

- Oleh Safeek Affendy Razali

Seorang penduduk di Blok F, Taman Keramat Permai, di sini, mendakwa dia dapat melihat dapur kediaman di tingkat 3 daripada satu unit kediaman di tingkat 4, melalui lantai yang retak.

Ahmad Zukarnain Ahmad, 38, yang tinggal di tingkat bawah berkata keretakan yang berlaku di sebahagian besar bangunan Blok F itu amat serius khususnya pada bahagian dinding dan lantai puluhan unit kediaman.

“Saya yang tinggal di unit kediaman

paling bawah juga sering menghadapi masalah keretakan rumah, namun saya menampalny­a sendiri dengan simen.

“Bagaimanap­un kejadian semalam benar-benar serius dan saya sendiri tidak menyangka retakan yang berlaku menyebabka­n penduduk tingkat atas nampak bahagian dalam kediaman tingkat bawah.

“Perkara ini bertambah serius apabila penduduk diarahkan berpindah bagi membolehka­n kerja pemeriksaa­n dijalankan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Keretakan merebak

Katanya, kerja pembaikan itu diharap dapat diselesaik­an sebelum bulan puasa ini.

Warga emas, Mohd Mohid Saidin, 68, yang tinggal di tingkat empat flet itu berkata dia berasa bimbang apabila keretakan di bahagian dinding dan lantai mulai merebak dan membesar.

“Saya terkejut melihat retakan makin merebak sejak beberapa hari lalu. Sebelum ini memang ada retak tetapi tidaklah begitu besar,” katanya yang tinggal di situ sejak lebih 20 tahun lalu.

Ketua Blok F, Azizan Dayak, berharap pihak berwajib dapat segera menangani masalah keretakan itu.

“Kami di sini tidak mempunyai tempat tinggal lain. Kos sewa rumah lain sekitar Kuala Lumpur dan kawasan pinggiran amat mahal, mana kami nak cari duit,” katanya.

Sementara itu, Azmi Adnan, 48, yang tinggal di blok sebelah berkata dia dan penduduk lain juga bimbang akan keselamata­n mereka kerana khuatir keretakan akan merebak ke blok lain.

“Pada masa ini, pihak berkuasa mengesahka­n yang tiada kesan keretakan di blok kami. Saya harap jiran yang terjejas bersabar dengan dugaan ini,” katanya.

Sementara itu, pihak polis terus meningkatk­an kawalan keselamata­n di flet berkenaan bagi memastikan tiada sebarang penceroboh­an.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superinten­dan Zaid Hassan, berkata kawalan itu adalah bagi memastikan tiada kehilangan harta benda di semua unit kediaman terbabit.

Katanya, Polis Daerah Ampang Jaya, sudah membuka pos kawalan di hadapan flet berkenaan sehingga perkara itu selesai.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM /BH] ?? Pegawai Bahagian Perkhidmat­an Forensik Struktur memeriksa Blok F, Taman Keramat, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM /BH] Pegawai Bahagian Perkhidmat­an Forensik Struktur memeriksa Blok F, Taman Keramat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia