Berita Harian

Peguam Negara kecewa tak dapat bahas

Mahu bertemu, beri pandangan kepada empat ahli akademik jika berpeluang

- Oleh Amin Ridzuan Ishak dan Mohd Iskandar Ibrahim

Peguam Negara, Tommy Thomas kecewa kerana tidak berpeluang berbahas dengan empat ahli akademik, yang memberikan pandangan mereka pada perjumpaan dengan Majlis Rajaraja berhubung isu Statut Rom.

Tommy berkata, beliau tidak tahu bila empat ahli akademik terbabit, iaitu Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad, Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz, Dr Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi menghadap Majlis Raja-raja, bagi memberikan penera

ngan berhubung isu berkenaan.

Katanya, beliau diberi peluang menghadap Majlis Raja-raja di Istana Negara selama sejam, menerangka­nnya dari sudut undang-undang, manakala Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah pula kira-kira 20 minit.

“Kami tidak pasti bila empat ahli akademik itu masuk, sama ada sebelum saya atau selepas. Kalau kami berlima berada pada (pertemuan) itu, mungkin saya boleh membahaska­n pandangan mereka dan kumpulan itu juga boleh membahaska­n pandangan saya, saya kecewa kerana tiada peluang itu,” katanya menjawab soalan pada Forum Awam Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Mohamed Suffian Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), di sini, semalam.

Forum itu menampilka­n pakar undang-undang Perlembaga­an, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi; jurucakap kumpulan bekas penjawat awam G25, Datuk Noor Farida Ariffin; aktivis, Dr Syed Hussin Ali; peguam, Lim Wei Jiet dan aktivis pelajar yang menganjurk­an forum Statut Rom, Asheeq Ali.

Pihak penganjur turut menjemput Rahmat, Shamrahayu, Fareed dan Hisham menjadi ahli panel pada forum itu, namun semua tidak hadir.

Tommy ditanya mengenai kegagalann­ya meyakinkan Majlis Raja-raja, sehingga menyebabka­n kerajaan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC).

Tarik diri Statut Rom ICC

Pada 5 April lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumka­n Kabinet putuskan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom ICC, kerana kekeliruan timbul dalam masyarakat serta disebabkan cubaan pihak tertentu mengheret institusi Raja menentang kerajaan.

Mengulas lanjut, Tommy berkata, cadangan meratifika­si Statut Rom dipersetuj­ui kerajaan terdahulu, yang ditadbir Barisan Nasional (BN) menerusi keputusan pada Mac 2011.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan meneruskan dasar kerajaan terdahulu, namun ada kritikan (kini) daripada pihak sama yang mengubah fikirannya kini,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia tidak menerima kesan jika meratifika­si statut itu seperti didakwa pelbagai pihak, termasuk dakwaan Yang di-pertuan Agong berdepan tindakan undangunda­ng di peringkat antarabang­sa.

Katanya, pihak yang akan berdepan tindakan jika kerajaan terbabit empat jenayah paling serius termaktub dalam Statut Rom adalah Perdana Menteri, Kabinet dan pegawai kerajaan mengarahka­n sesebuah agensi melaksanak­annya. Empat jenayah itu adalah pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, jenayah kemanusiaa­n dan penceroboh­an.

“Contohnya, jika Malaysia terbabit dalam jenayah perang, pihak bakal dikenakan tindakan undang-undang adalah Perdana Menteri, Kabinet, Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Yang di-pertuan Agong harus mendengar nasihat Perdana Menteri, walaupun baginda adalah ketua tentera, namun yang mengarahka­n (melancarka­n serangan) adalah Perdana Menteri, Kabinet, Menteri Pertahanan dan Panglima (ATM).

“Ia sama seperti pendakwaan dihadapi (bekas Perdana Menteri Britain) Tony Blair kerana melakukan jenayah perang bukan Ratu Elizabeth (didakwa),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia