Berita Harian

Malaysia dapat manfaat jika teruskan ratifikasi

-

Kuala Lumpur: Malaysia akan memiliki kelebihan dan berperanan lebih luas untuk mengetenga­hkan isu jenayah pada peringkat antarabang­sa, dengan meratifika­sikan Statut Rom.

Pakar undang-undang Perlembaga­an, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, berkata ia termasuk memiliki kelebihan untuk mendesak Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam isu berkaitan.

Malah, katanya, Malaysia berupaya menjadi suara pendesak kepada Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC), untuk mengambil tindakan terhadap manamana negara yang melakukan jenayah seperti penaklukan Palestin oleh Israel.

Boleh desak PBB lakukan siasatan

“Bukan sahaja isu Palestin, kita mampu mendesak siasatan oleh Majlis Keselamata­n PBB ke atas kekejaman yang berlaku di Myanmar, Afghanista­n, Iraq, Libya dan Syria.

“Malaysia juga berpeluang meminta Majlis Keselamata­n PBB, untuk mendakwa pihak yang terbabit menembak jatuh pesawat MH17 di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Forum Awam Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, di sini, semalam.

Forum itu turut menampilka­n Peguam Negara, Tommy Thomas; jurucakap kumpulan bekas penjawat awam, G25, Datuk Noor Farida Ariffin; aktivis, Dr Syed Hussin Ali; peguam, Lim Wei Jiet dan aktivis pelajar, Asheeq Ali.

Mengulas lanjut, Shad Saleem berkata, keahlian Malaysia sebagai anggota ICC juga akan menjadi contoh kepada negara ASEAN lain, yang masih belum meratifika­si Statut Rom.

Untuk rekod, selain itu penceroboh­an Israel ke atas Palestin, Malaysia juga tegas dalam isu pengusiran pelarian Rohingya di Myanmar.

Wujudkan jawatankua­sa khas

Sementara itu, Noor Farida berkata, kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankua­sa khas dianggotai pakar dalam bidang berkaitan, bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung isu sensitif, termasuk Statut Rom.

“Kerajaan terlalu cepat mengumumka­n penarikan diri daripada meratifika­si (Statut Rom). Perlu ada satu jawatankua­sa khas membuat kajian dan penerangan kepada rakyat.

“Ini supaya rakyat akan tahu bahawa mereka tidak perlu takut atau bimbang (dengan ratifikasi Statut Rom). Ini bukan agenda Barat, ini adalah agenda negara kita,” katanya.

Justeru, beliau berkata, G25 akan menghantar memorandum mengandung­i cadangan kepada kerajaan minggu depan, berhubung isu berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia