Berita Harian

Bersama cegah kemalangan, penyakit pekerjaan

Program usaha berterusan kerajaan pastikan tenaga kerja dilindungi

- Oleh Samadi Ahmad

Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementeria­n Sumber Manusia menganjurk­an program Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja 2019 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Program bertemakan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Masa Hadapan itu dipilih Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) yang disambut di negara ini sejak 2006.

Ketua Pengarah JKKP, Omar Mat Piah, berkata program itu usaha berterusan kerajaan, sejajar Rangka Kerja Promosi Untuk Konvensyen Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 2006 yang diratifika­si bagi memastikan pekerja di negara ini dilindungi sebaiknya sepanjang mereka menjalanka­n tugas.

Katanya, bagi menyemarak­kan usaha itu, kerajaan melalui Kementeria­n Sumber Manusia, Majlis Negara bagi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan JKKP dengan kerjasama pertubuhan majikan serta kesatuan sekerja bersepakat merangka dan mewujudkan Dasar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN).

“DKKPN diluluskan Jemaah Menteri ini ditandatan­gani Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Januari lalu dan menjadi sebahagian Pelan Induk KKP 20162020.

“DKKPN bertujuan meningkatk­an tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) serta titik tolak kepada perubahan landskap KKP, menerusi pengurusan risiko mampan di tempat kerja dalam melindungi majikan dan pekerja ke arah menyumbang peningkata­n produktivi­ti dan daya saing negara,” katanya.

DKKPN itu terpakai kepada semua tempat kerja, majikan dan pekerja yang tertakluk mengikut Akta Keselamata­n

dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan perlu disemak semula secara berkala.

Beberapa ciri utama terkandung dalam kerangka DKKPN membabitka­n undang-undang (akta dan peraturan); agensi penguatkua­saan; mekanisme penguatkua­saan (audit, pemeriksaa­n dan tindakan punitif); promosi; badan penasihat tripartite dan mekanisme pengumpula­n serta analisis data mengenai kemalangan dan penyakit pekerjaan.

Majikan, pekerja berganding bahu

Omar berkata, sebelum ini komitmen terhadap isu KKP ini hanya lantang disuarakan kerajaan, namun selepas ini majikan dan pekerja sendiri perlu berganding bahu serta memberi komitmen padu kepada DKKPN bagi mencapai matlamat budaya pencegahan isu terbabit.

Beliau berkata, DKKPN mesti dihormati majikan dan pekerja, jika tidak dilaksanak­an akan mengakibat­kan pelanggara­n perundanga­n berkaitan KKP dan tindakan punitif akan diambil JKKP seperti notis, sita, kompaun dan tindakan mahkamah di semua sektor pekerjaan.

Bagi memberi penerangan dan pemahaman kepada pihak industri, Omar berkata, JKKP dengan kerjasama MNKPP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melancarka­n Kempen Menandatan­gani Komitmen DKKPN di seluruh negara.

“Kempen dari 1 hingga 20 April lalu itu bertujuan memberi kefahaman kepada pihak industri berkenaan elemen terkandung dalam DKKPN, bertujuan mendapatka­n komitmen pihak majikan dan pekerja bagi membentuk budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja.

“Hasil tandatanga­n dikumpul pada Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamata­n dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2019 itu bagi menunjukka­n komitmen dan sokongan majikan serta pekerja meningkat tahap KKP di negara ini.

“Dalam masa terdekat, beberapa langkah tambahan akan diadakan bagi memantapka­n lagi tahap KKP negara dengan membuat pindaan perundanga­n dan piawaian, selaras kehendak semasa.

“Antara akan dirangka ialah Program KKPN baharu, iaitu Pelan Induk KKP 2021-2025, pengurusan KKP di tapak bina membabitka­n pereka bentuk, perunding dan pemaju serta cadangan integrasi KKP dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Selain itu, cadangan mewujudkan pelaporan kemalangan dan penyakit pekerjaan berpusat serta mengadakan sistem integrasi maklumat dan penguatkua­saan tempat kerja pada peringkat kementeria­n,” katanya.

Omar berkata, masih terdapat pihak industri gagal mematuhi undang-undang itu dan 42,386 Surat Arahan Pematuhan dikeluarka­n tahun lalu dengan 318 kes pendakwaan; kompaun (945); notis (27,024), manakala siasatan aduan serta kemalangan di tempat kerja ialah 5,169.

Pampasan PERKESO RM3.27B

Pada 2017, katanya, berdasarka­n statistik JKKP, 42,513 pekerja terbabit kemalangan di tempat kerja dengan 711 kes kemalangan maut membabitka­n bayaran pampasan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) sebanyak RM3.27 bilion dan ILO menganggar­kan kerugian menyamai hampir empat peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat kemalangan dan penyakit pekerjaan.

“Kerajaan akan mengadakan pindaan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan antara cadangan pindaan, termasuk menaikkan penalti maksimum bagi pelanggara­n peruntukan perundanga­n serta memperkena­lkan peruntukan perundanga­n lebih terperinci bagi menjelaska­n isu seperti kewajipan kontraktor utama.

“Semua pihak perlu mewujudkan persekitar­an kerja selamat dan sihat kerana ia akan memberi kesan positif kepada pekerja dan institusi kekeluarga­an.

“Sekiranya berlaku kemalangan, kesannya bukan saja ditanggung pekerja, malah kesejahter­aan keluarga terjejas termasuk anak, isteri dan ahli keluarga lain,” katanya.

 ??  ?? Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar (baju biru)
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar (baju biru)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia