Berita Harian

Nostalgia Batu Arang

Bekas bandar perlombong­an berpotensi tarik penggemar tapak warisan

- Oleh Mohd Azis Ngah affizar@bh.com.my

Hampir lima dekad sejak 1913, pekan Batu Arang, Selangor dipenuhi hampir 25,000 pekerja dan keluarga yang mencari rezeki di lombong batu arang milik Malayan Collieries Ltd.

Inisiatif pelombong arang batu British, John Archibald Russell menubuhkan syarikat perlombong­an di situ nyata mengubah kawasan hutan dan perkampung­an kecil menjadi bandar segera serba lengkap.

Disebabkan permintaan arang batu yang tinggi, aktiviti perlombong­an itu beroperasi 24 jam sehari dengan 5,000 pekerja bertugas dalam

sistem tiga giliran sehari.

Kini, selepas lebih satu abad, pekan yang pernah digelar Bukit Emas Mini agak sepi, tanpa banyak inisiatif untuk dijadikan sebagai kawasan tarikan pelanconga­n atau tapak warisan sejarah.

Sedangkan, banyak kesan atau tinggalan sejarah serta bukti bagaimana penjajah mengaut untung besar di Tanah Melayu pada ketika ini masih kekal, tetapi tidak cukup dipulihara.

Cuma, tugu simbolik batu arang berdiri megah di tengah-tengah bulatan yang menghubung­kan Jalan Pekan, Jalan Tenaga serta Jalan Albert Ferelum.

Tugu berwarna hitam dan putih yang dikeliling­i 18 batu bulat itu menggambar­kan keagungan yang pernah dinikmati penduduk setempat pada ketika itu.

Beberapa lombong korek terbiar dilitupi teratai dan dipenuhi semak. Sekali imbas, tiada siapa yang tahu bahawa lombong nombor 8 dan lombong nombor 2 masih setia menanti.

Itu belum dikira 10 lombong bawah tanah yang pernah mengeluark­an hasil hampir 15 juta tan arang batu sepanjang aktiviti perlombong­an hampir 50 tahun, dengan hasil dianggarka­n RM163 juta selepas ditutup pada 1961.

Kekal ciri bangunan lama

Apa yang ada, cuma dua bangunan kecil yang menempatka­n pintu masuk ke lombong yang mempunyai kedalaman dianggarka­n

1,000 kaki ke bawah tanah.

Satu daripadany­a kelihatan agak terurus apabila penduduk tempatan mengambil inisiatif menebang pokok besar serta semak yang tumbuh di atas dan sekeliling­nya.

Bangunan kecil berhampira­n lombong nombor 2 itu, mempunyai satu laluan dipercayai pintu masuk serta satu lubang besar yang dipasang kipas gergasi sebagai laluan angin keluar masuk ke lombong bawah tanah.

Laluan masuk selebar tiga meter dengan panjang dianggarka­n 10 meter masih perlu dipulihara kerana kini diselutupi akar pokok menjalar dan berisiko untuk pecah dan runtuh.

 ??  ?? Foto Luqman Hakim Zubir
Foto Luqman Hakim Zubir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia