Berita Harian

Terapung di pusat beli-belah

Aktiviti ekstrem skydiving tarik pengunjung rasai pengalaman berbeza

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Ramai beranggapa­n untuk menjayakan aktiviti ekstrem seperti terjun udara atau skydiving, individu yang berminat memerlukan pengalaman dan keberanian.

Malah, aktiviti itu perlu ada lesen dari Persatuan Payung Terjun Amerika Syarikat (USPA), baru dibenarkan melakukan lompatan jatuh bebas atau free fall daripada pesawat pada ketinggian sekurang-kurangnya 4,242 meter (m) dari paras laut.

Justeru, aktiviti skydiving menuntut kos perbelanja­an tinggi sebelum individu berkenaan berpeluang terbang seperti burung, terawang-awangan di udara melihat keindahan alam di sekeliling­nya kira-kira 50 saat sebelum menarik tali payung terjun, sekali gus mendarat dengan selamat pada lokasi yang ditetapkan.

Bagi pengunjung berkemampu­an dan berminat menjayakan aktiviti terjun udara ketika bercuti di luar negara, terutama Australia dan New Zealand, mereka lazimnya memilih tandem skydiving atau tandem parachutin­g apabila penerjun amatur disambungk­an abah-abah kepada jurulatih tandem skydiving, seterusnya melakukan

free fall dari pesawat berdua bersama tenaga pengajar.

Pengalaman berbeza

Kini, segala-galanya begitu mudah apabila anda berpeluang melakukan skydiving dalam pusat belibelah, sekali gus merasai pengalaman sebenar free fall pada ketinggian 4,242m.

Anda juga diberi pakaian dan kelengkapa­n aktiviti skydiving, seterusnya melakukan aksi terjun udara simulator dalam terowong udara yang tersedia dalam pusat beli-belah berkenaan.

Aktiviti skydiving simulator adalah produk pelanconga­n baharu diperkenal­kan Airrider Indoor Skydiving di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya, melakukan tandem skydiving, sebaliknya menjayakan aksi terjun udara simulator secara solo.

Perasaan dan pengalaman skydiving simulator adalah sama seperti melakukan aktiviti terjun udara dari pesawat pada ketinggian 4,242m.

Anda akan rasa terbang terawang-awangan dalam terowong udara di pusat beli-belah.

Bagai terjun dari pesawat

Penulis pernah melakukan tandem skydiving ketika bercuti di luar negara beberapa tahun lalu. Namun, sebalik sahaja menjayakan aktiviti terjun udara simulator di pusat beli-belah berkenaan, perasaan dan pengalaman yang dikutip adalah sama, termasuk kederasan angin yang mampu melonjakka­n badan beberapa meter ke atas terowong udara ketika melakukan aksi lebih ekstrem, iaitu high ride.

Ketika terbang terawangaw­angan dalam terowong udara, waktu yang ditetapkan hanya 50 saat, iaitu tempoh masa sama apabila anda melakukan terjun udara sebenar dari pesawat, selepas terawang-awangan di udara 50 saat atau dalam tempoh waktu free fall, barulah penerjun menarik tali payung terjun untuk melakukan pendaratan di lokasi selamat.

Pengunjung cilik, Jad Thaqif Mohd Hanafi, 8, mengakui kali pertama mencuba skydiving simulator, dia gemuruh, terutama ketika menunggu giliran masuk ke dalam terowong udara, namun sebaik sahaja dirinya terapung di udara, dia seronok dan sempat melakukan high ride.

“Ketika sesi high ride, rasa macam nak muntah, tetapi sebenarnya menampilka­n pengalaman menakjubka­n. Saya akan datang dan buat lagi walaupun hanya mesin simulator.

“Ini aktiviti sihat dan melatih disiplinka­n diri.

Lebih baik layan skydiving dalam terowong udara daripada sekadar leka dengan permainan video,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia