Berita Harian

Bung Bratak lokasi unik

-

Tapak bersejarah pertama ekopelanco­ngan gunung di Borneo

berasal dari Bung Bratak.

“Malah, sebuah lagi kampung, iaitu Kampung Bowang di Penrissen, termasuk lima lagi kampung di kawasan Jagoi Babang yang terletak di Kalimantan Barat berhampira­n Kampung Serikin juga datang dari Bung Bratak,” katanya.

Nikmati panorama alam

Sementara itu, BBHC yang dibangunka­n dan diuruskan oleh Persatuan Warisan Bung Bratak kini sudah dilengkapi kemudahan seperti dua buah rumah panjang (sebuah untuk penginapan dan sebuah sebagai dewan persidanga­n, muzium mini dan pejabat), Baruk (rumah bulat tradisiona­l Bidayuh), dewan makan dan dapur.

Seni binanya juga menggunaka­n reka bentuk tradisiona­l Bidayuh yang unik, yang menelan kos RM8 juta di bawah pembiayaan Kerajaan Persekutua­n.

Minos berkata, BBHC mula dibuka kepada orang awam pada 1 April lalu, untuk menikmati segala kemudahan yang ada serta alam semula jadinya seperti hutan, udara segar gunung, air terjun, mata air segar, laluan hutan tradisiona­l, pemandanga­n atas gunung yang indah serta flora dan fauna.

“Segala-galanya boleh dinikmati di BBHC pada harga yang berpatutan seperti penginapan berserta makanan dan minuman RM100 seorang untuk satu malam bagi rakyat Malaysia dan RM200 bagi pelawat asing.

“Hasrat kami untuk melihat pengunjung tempatan dan pelancong ke BBHC gembira menikmati pengalaman mereka berada atau tinggal di sini, sebuah pusat ekopelanco­ngan yang bersejarah dan mempunyai kelas tersendiri,” katanya.

Laluan kenderaan ke puncak gunung

Selain trek pendakian, BBHC juga boleh diakses menggunaka­n kenderaan kerana ia mempunyai jalan menuju ke puncak gunung dan tempat letak kenderaan di puncak gunung, yang dibangunka­n oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dengan kos RM5 juta.

Malah, Pejabat Daerah Bau dan Majlis Daerah Bau juga sudah menaik taraf jalan lama menuju ke BBHC dan tempat letak kenderaan di bawahnya.

Menurut Minos, kerja membangunk­an BBHC amat sukar kerana terletak 1,000 kaki di puncak gunung, iaitu sebelum jalan dibina, semua peralatan dan bahan binaan perlu diangkat menggunaka­n tulang empat kerat.

“Contohnya, lebih 500 tan kayu belian diangkat naik ke puncak gunung, belum lagi simen, siling dan bahan binaan berat yang lain,” katanya.

BBHC juga mendapat pengiktira­fan daripada Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak bersejarah di puncak gunung yang pertama dibangunka­n menjadi pusat ekopelanco­ngan di Borneo.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Beberapa produk tradisiona­l Bidayuh yang dipamerkan di Muzium Mini Bung Bratak.
Beberapa produk tradisiona­l Bidayuh yang dipamerkan di Muzium Mini Bung Bratak.
 ??  ?? Kemudahan di Bung Bratak yang siap dibangunka­n sepenuhnya.
Kemudahan di Bung Bratak yang siap dibangunka­n sepenuhnya.
 ??  ?? Suasana indah di puncak
Bung Bratak.
Suasana indah di puncak Bung Bratak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia