Berita Harian

Pejabat Pos kekalkan struktur bangunan

-

lagi pintu masuk terletak bersebelah­an dengan Pusat Komuniti KOSPEN (Komuniti

Sihat Perkasa Negara). Difahamkan, terdapat banyak lagi pintu masuk ke lombong tetapi gagal dikesan kedudukann­ya.

Pejabat Pos Batu Arang juga adalah antara bukti kesan pembanguna­n ekonomi di sini. Bangunan kayu dua tingkat itu masih kekal dengan ciri binaan lama dan sehingga kini, tidak diganti dengan binaan konkrit kerana dipercayai dibina di atas lombong bawah tanah.

Bekas pejabat Malayan Collieries Ltd serta kawasan menempatka­n berek askar Gurkha pula kini dijadikan Balai Polis Batu Arang.

Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) mengambil inisiatif meletakkan papan tanda serta maklumat bahawa tapak itu pernah dijadikan pusat operasi perlombong­an di Batu Arang.

Dahulu hidup 24 jam sehari

Beberapa bangunan rumah kedai lama masih kekal beroperasi seperti biasa, bahkan padang bola sepak yang pernah dijadikan pusat sukan sejak sebelum merdeka masih digunakan sehingga ke hari ini.

Padang bola di Jalan Yap Voon Choong itu terletak bersebelah­an Masjid Jamek dan bangunan dipercayai pejabat sukan kini dijadikan pejabat MCA Batu Arang,

Mengimbau detik kegemilang­an pekan

Batu Arang, bekas pesara posmen, S Palani, 84, mengakui dia masih terkenangk­an bagaimana meriahnya pekan kecil itu kerana pekerja sentiasa aktif sepanjang tempoh 24 jam sehari.

“Saya datang ke sini ketika berusia tujuh tahun. Ketika itu, majoriti pelombong dan penduduk di sini adalah orang Cina dan India. Hanya ada tiga keluarga Melayu di sini.

“Hidup senang kerana semua kemudahan disediakan. Ada bekalan air bersih, bekalan elektrik dan hospital. Bahkan, ada juga perkhidmat­an bas untuk ke ibu negara (Kuala Lumpur) dan perkhidmat­an kereta api ke Kuang dan ke Ipoh.

“Tetapi apabila syarikat ditutup, kami semua hidup susah. Dahulu, walaupun gaji pekerja cuma RM6 sehari, kami hidup senang kerana syarikat sediakan kemudahan secara percuma,” katanya.

Warga emas yang menjalanka­n perniagaan runcit di pekan Batu Arang ini adalah antara beberapa individu masih hidup yang pernah merasai pengalaman ketika aktiviti perlombong­an masih aktif.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini juga pernah merasai bahang sengsara ketika tentera Jepun menguasai Tanah Melayu pada era Perang Dunia Kedua.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Tapak pembakaran pasu Batu Arang yang masih kekal di Pekan Warisan Batu Arang.
Tapak pembakaran pasu Batu Arang yang masih kekal di Pekan Warisan Batu Arang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia