Berita Harian

Gelandanga­n jumpa semula tikus hilang hampir sebulan

Masyarakat setempat bantu kesan haiwan kesayangan

-

Seorang lelaki gelandanga­n di Sydney, Australia berjaya ditemukan dengan tikus peliharaan­nya semula selepas haiwan itu dilaporkan hilang awal bulan ini.

Chris, 59, amat terkenal di sini dengan gelagat bersama tikus betina dikenali Lucy yang sering dilihat diletakkan atas bekas kotak susu bersamanya.

Tetapi, pada satu hari haiwan yang menjadi temannya itu tiba-tiba hilang ketika dia masuk ke tandas.

Selepas membuat rayuan di media sosial, polis New South Wales yang mengesan haiwan peliharaan hilang, berjaya menemukan pasangan itu pada Khamis lalu.

Pada mulanya, Chris menganggap Lucy dicuri selepas haiwan itu hilang daripada bekas kotak susu di mana dia meletakkan­nya sebelum ini.

Terdesak mencari teman kecilnya, lelaki itu meletakkan nota atas bekas kotak miliknya itu untuk bertanyaka­n sama ada orang ramai yang lalu lalang di hadapannya itu pernah melihat tikus itu.

Dapat sokongan orang ramai

Usahanya mendapat sokongan orang ramai apabila mereka menyiarkan gambar pasangan itu dengan harapan seseorang pernah melihat Lucy atau mereka yang mengambiln­ya.

Polis juga bertungkus lumus mendapatka­n maklumat mengenai tikus hilang itu dan percaya Lucy di curi, namun haiwan itu berjaya ditemui semula.

“Seorang wanita yang berjalanja­lan tiba-tiba ternampak Lucy dan mengesyaki haiwan itu ditinggalk­an, jadi dia membawa pulang dan menjaganya,” kata polis dalam satu kenyataan.

Lucy dipulangka­n kepada Chris di sebuah balai polis tempatan, Khamis lalu apabila mereka bertanya sama ada tikus dijumpai itu miliknya.

“Ya, itulah dia. Dia buta sebelah mata dan dia ingat saya” katanya sambil mengambil haiwan itu keluar daripada kotak kertas.

Seorang wanita yang berjalan-jalan tiba-tiba ternampak Lucy dan mengesyaki haiwan itu ditinggalk­an, jadi dia membawa pulang dan menjaganya” Kenyataan Polis New South Wales

 ??  ??
 ??  ?? Chris letak nota atas kotak untuk bertanya orang ramai sama ada mereka pernah melihat tikus kesayangan­nya.
Chris letak nota atas kotak untuk bertanya orang ramai sama ada mereka pernah melihat tikus kesayangan­nya.
 ??  ?? Lucy dipulangka­n kepada Chris di sebuah balai polis tempatan, baru-baru ini.
Lucy dipulangka­n kepada Chris di sebuah balai polis tempatan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia