Berita Harian

Presiden Ukraine melonjak dari dunia selebriti ke alam realiti

Tanpa pengalaman politik Zelensky mula dibanding dengan kejayaan Reagan

-

Pelawak Ukraine, Volodymyr Zelensky harus menyuntik aspirasi baharu kepada keluarga selebriti global ketika ini untuk memimpin negara.

Ramai beranggapa­n kejayaan beliau memenangi pilihan raya Ukraine pada 21 April lalu sebagai ‘satu keajaiban’.

Kini, realitinya adalah, lelaki berusia 41 tahun itu yang dilaporkan tiada pengalaman politik bakal menggalas impian 44 juta penduduk untuk mengubah haluan dan cita-cita besar mereka.

Satu-satunya pengalaman politik

beliau adalah ketika berlakon sebagai seorang guru sekolah sehingga menjadi presiden dalam satu program televisyen di negaranya.

Lebih perit, dilaporkan dia tidak ada pakar penasihat membantu mengenai dasar luar negara dan keselamata­n negara.

Cipta sejarah

Sejak mencipta sejarah memenangi pilihan raya presiden, Ahad lalu dia turut mengikut jejak langkah ramai selebriti tersohor seperti aktor legenda Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan pemain bola sepak Liberia, George Weah yang berjaya menduduki jawatan politik tertinggi di negara masing-masing.

Reagan adalah aktor di Hollywood selama lebih dua dekad dan muncul bintang filem pertama menjadi ketua kerajaan.

Beliau dipilih sebagai gabenor di California pada 1966, sebelum mula berkhidmat selama dua penggal sebagai Presiden AS ke-40 pada 1981.

Kemudian, bintang Hollywood Arnold Schwarzene­gger turut melompat daripada arena filem ke bidang politik.

Ahli bina badan dan wira aksi itu menjadi Gabenor California di bawah parti Republikan di negeri yang paling kaya dan paling ramai penduduk di AS mulai 2003 hingga 2011.

Wira filem aksi

Di Filipina, wira filem aksi Joseph Estrada membabitka­n diri dalam bidang politik pada 1969 dengan menjadi Datuk Bandar, kemudian berstatus senator dan naib presiden. Sebelum itu, beliau pernah berlakon dalam kira-kira 100 filem.

Beliau dipilih sebagai presiden pada 1998, namun digulingka­n daripada jawatan pada 2001 oleh pemberonta­kan popular rakyat susulan beberapa tuduhan rasuah.

Seorang lagi aktor filem dan teater popular, Salvador del Solar menjadi menteri kebudayaan Peru pada 2016 dan kemudian dinamakan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2019.

Hartawan media Itali, Silvio Berlusconi terkenal dengan menampilka­n banyak program televisyen miliknya bersama wanita hampir bogel. Beliau menjadi Perdana Menteri Itali tiga kali di antara 1994 sehingga 2011.

Walaupun sering melanggar undang-undang, lelaki itu dikenali sebagai kebal kerana berjaya berkhidmat lama dalam politik dengan memimpin kelompok nasionalis lebih dua dekad.

Pada Januari 2017, kemenangan bintang realiti televisyen, Donald Trump mengejutka­n dunia apabila mula berkhidmat di Rumah Putih tanpa apa-apa pengalaman politik, diplomatik atau ketenteraa­n.

Presiden AS ke-45 itu mengacarak­an program televisyen The Apprentice di antara 2004 sehingga 2005.

Bagi Zelensky, hanya masa bakal memberi jawapan sama ada dia boleh melengkapk­an tempoh pentadbira­n dengan satu nota terpuji.

Harap-harap juga warga Ukraine akan ‘sentiasa ketawa’ dan menyokong pemimpin baharu mereka.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia