Berita Harian

Kembali ke Iraq selepas 15 tahun

-

Washington: Tammy Duckworth, juruterban­g helikopter yang kehilangan kedua-dua belah kaki apabila ditembak jatuh di Iraq lebih 15 tahun lalu, kembali semula ke negara Teluk itu sejak menjadi senator, menurut pejabat kerajaan, kelmarin.

Veteran tentera AS itu mengetuai delegasi ke Baghdad, Taji dan Arbil untuk bertemu pemimpin negara berkenaan selain mendengar taklimat risikan daripada diplomat AS dan bertemu pasukan tentera negaranya.

“15 tahun lalu, saya dihantar bertugas ke Iraq sebagai juruterban­g helikopter.

“Minggu ini saya kembali dengan peranan yang tidak pernah dijangka, senator AS untuk mengetuai delegasi bagi menunjukka­n sokongan kepada rakyat Iraq.

“Saya amat berbesar hati untuk menyertai Senator Johnny Isakson dan Senator Angus King bagi mewakili negara dalam lawatan penting ini. Saya amat berbangga kerana boleh meninggalk­an Iraq di bawah kehendak sendiri,” kata senator Demokrat dari Illinois itu dalam satu kenyataan.

Lawatan tertutup

Menurut pejabat Duckworth, semua senator itu bertemu Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul-mahdi dan Perdana Menteri kerajaan Kurdistan, Nechirvan Barzani selain beberapa pegawai lain.

Lawatan terbabit tidak dihebahkan kepada umum sehingga ia selesai dilaksanak­an atas faktor keselamata­n.

Duckworth yang dilahirkan 51 tahun lalu di Thailand adalah senator wanita kurang upaya pertama yang dilantik sebagai anggota Kongres.

Beliau hampir gagal menerima peluang itu selepas nyaris menemui ajal di Iraq pada 12 November 2004 ketika helikopter Black Hawk dipandunya ditembak jatuh oleh pelancar roket.

King berkata, hatinya tersentuh melihat rakan sejawat itu kembali ke Iraq atas tugas rasmi.

“Melihat Senator Duckworth kembali semula ke lokasi yang hampir meragut nyawanya pada 2004 adalah detik yang tidak mampu saya lupakan,” katanya.

 ?? [FOTO AFP] ?? Tammy gembira dapat jejak semula ke Iraq mengetuai delegasi untuk menunjukka­n sokongan kepada rakyat negara Teluk itu.
[FOTO AFP] Tammy gembira dapat jejak semula ke Iraq mengetuai delegasi untuk menunjukka­n sokongan kepada rakyat negara Teluk itu.
 ?? [FOTO REUTERS] ??
[FOTO REUTERS]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia