Berita Harian

Lebih 20 juta kanak-kanak terdedah risiko penyakit

-

London: Pendedahan kepada virus yang menyebabka­n penularan penyakit kini dikatakan mengancam lebih 20 juta kanak-kanak setiap tahun.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), barubaru ini kumpulan ini tidak mendapat suntikan vaksin campak seperti disyaratka­n dan lebih menyedihka­n ia sudah berlaku sejak lapan tahun lalu.

“Virus campak akan selalu menjangkit­i kanak-kanak yang tidak mendapat suntikan vaksin.

“Asas bagi penularan campak global yang kita saksikan hari ini, berlaku beberapa tahun lalu,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore.

Laporan UNICEF menganggar­kan 169 juta kanak-kanak tidak mendapat dos pertama vaksin campak di antara 2010 dan 2017, menyamai 21.1 juta setahun secara purata.

Pendedahan ketara

Disebabkan pendedahan ketara kepada penyakit itu, jangkitan campak di seluruh dunia meningkat hampir empat kali ganda pada suku pertama 2019 berbanding tempoh sama pada 2018 kepada 112,163 kes, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut pertubuhan itu, pada 2017, kira-kira 110,000 orang, kebanyakan kanak-kanak, meninggal dunia akibat campak. Ia dilaporkan meningkat 22 peratus daripada tahun sebelumnya.

Campak boleh membunuh

Campak adalah penyakit amat berjangkit yang boleh membunuh dan menyebabka­n buta, pekak atau kerosakan otak.

Ia kini menular di banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Filipina, Tunisia dan Thailand.

Dua dos vaksin campak adalah penting untuk melindungi kanakkanak dan WHO berkata, 95 peratus vaksin meliputi apa yang diperlukan bagi ‘imuniti kawanan’ terhadap cam pak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia