Berita Harian

Nelayan kesal aduan tak dilayan, tangkapan merosot

-

Kuala Selangor: Air hitam yang berbau busuk dengan permukaan berminyak, berkeladak serta kotor menimbulka­n keresahan dalam kalangan nelayan sekitar Bagan Sungai Buloh, Jeti Kebun Kerang, dekat Jeram, di sini.

Bukan sekadar bimbang, malah mereka kesal kerana aduan demi aduan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) seolaholah di pandang sepi.

Tinjauan BH sebelum ini mendapati air hitam yang berkeladak itu berminyak di permukaann­ya, selain mengeluark­an bau kurang menyenangk­an.

Nelayan tempatan yang ditemui, Kahar Buntal, 67, mendakwa keadaan sungai terbabit mulai berubah sejak 2000, dengan air mulai kotor sedikit demi sedikit, sehingga kini bertambah teruk.

“Air kini kotor, berbau busuk dan permukaann­ya kelihatan berminyak. Sebelum pencemaran ini, siakap, udang galah, ketam, baung, lundu, gelama, mayong dan pari mudah diperoleh, tetapi kini hampir semua ikan pupus,” katanya.

Hasil tangkapan terjejas

Beliau berkata, kepupusan ikan bermakna hasil tangkapan turut terjejas, seterusnya menyebabka­n pendapatan mereka merosot teruk.

“Jauh beza pendapatan dahulu dengan sekarang. Kalau dulu sehari mampu dapat sehingga RM300, kini separuh pun belum tentu dapat.

“Dahulu hasil kerang memang lumayan, tetapi sekarang usahkan kerang, benihnya pun tak ada. Tahun lalu langsung tak dapat hasil kerang. Jadi, untuk kelangsung­an hidup, kami terpaksa juga berusaha seperti membawa orang memancing dan mereka yang mahu melawat sungai sambil meninjau burung.

“Namun, keadaan air sungai begini, ada kemungkina­n pelancong pun takut nak datang, tengok air dengan baunya, ada antara mereka tengok keadaan dan bau air terus tutup hidung,” kata warga tua yang menghabisk­an 40 tahun daripada hayatnya sebagai nelayan.

Kahar berkata, beliau dan nelayan lain kecewa dengan apa yang terjadi pada sungai itu, kerana pihak tidak bertanggun­gjawab mencemarka­n tempat mereka mencari rezeki.

Campur tangan pihak berwajib

Beliau serta nelayan lain di situ mengharapk­an pihak berwajib bertindak tegas dan berusaha, supaya air sungai kembali seperti sedia kala.

“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan, mungkin ketika ini kandungan air belum teruk tetapi akan datang kita tidak tahu, takut lepas ini terjadi seperti Sungai Kim Kim di Johor.

“Berdasarka­n pemerhatia­n kami, sungai ini mungkin dicemari sisa dari kilang yang terletak kira-kira 20 kilometer dari jeti, membawa ke laut.

“Keadaan air ini mengganggu nelayan kerana kira-kira 400 menggunaka­n laluan sungai ini menuju ke laut untuk mencari hasil tangkapan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia