Berita Harian

Kurangkan ketakutan pada jenayah terancang

-

Kuala Lumpur: Penubuhan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) berjaya mengurangk­an ketakutan masyarakat terhadap jenayah terancang.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husin atau Abdul@abd Rasid, yang pernah menjawat Timbalan Komander STAFOC, berkata sejak awal penubuhann­ya sehingga Mei 2016, tindakan atau tugasan khas STAFOC dengan perancanga­n teliti dan teratur membuahkan kejayaan yang memberangs­angkan.

Tambah keyakinan rakyat

“Indeks jenayah membabitka­n kegiatan kumpulan jenayah terancang juga menurun, sekali gus membuatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis semakin meningkat.

“Kunci kejayaan ini disebabkan perkongsia­n maklumat semua elemen dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk pada peringkat Bukit Aman sehingga kontinjen dan daerah,” katanya semalam.

Beliau berkata, pembubaran pasukan berkenaan sesuatu yang amat mengharuka­n bagi dirinya.

“Saya sedih dan turut menitiskan air mata kerana kami berkerja sebagai satu kumpulan dan ibarat bagai satu keluarga ketika kami menghadapi sasaran yang mempunyai senjata api.

“Semangat dalam pasukan STAFOC ini adalah semangat Blood Brothers dan walaupun pasukan ini sudah dibubarkan, jiwa kami adalah jiwa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kalau bukan kita (warga PDRM) siapa lagi,” katanya.

Menjaga kerahsiaan

Beliau berkata, antara kejayaan yang dikecapi pasukan STAFOC dalam menangani kes jenayah terancang adalah menyelesai­kan kes profil tinggi penculikan dan pembunuhan Kevin Morrais, penyeludup­an senjata api dan dadah, pemerasan serta kongsi gelap.

Kata Razarudin, semangat Esprit De Co pasukan itu juga berjaya menjaga kerahsiaan maklumat operasi daripada terdedah kepada pengetahua­n sasaran mereka.

“Adalah amat penting dalam menjaga kerahsiaan maklumat kerana kita khuatir ia akan menggagalk­an operasi, sekali gus mengancam nyawa setiap pegawai dan anggota STAFOC.

“Namun, hasil operasi yang dilaksanak­an termasuk rampasan senjata api, barangan berharga serta penangkapa­n suspek ahli kumpulan jenayah membuktika­n setiap anggota STAFOC begitu komited dan ikhlas dengan tugasan dilakukan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia