Berita Harian

Rombakan tingkat prestasi PDRM

-

Seri Kembangan: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaska­n langkah penstruktu­ran semula Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk pembubaran tiga pasukan tindakan khasnya, dibuat untuk menambah baik prestasi pasukan itu, selain mengelak pertindiha­n fungsi unit di dalamnya.

Pasukan khas yang dibubarkan terdiri daripada Pasukan Tindakan Khas Antimaksia­t, Judi dan Gangsteris­me (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) bertujuan menstruktu­r semula pasukan ke arah yang lebih baik.

“Tindakan PDRM itu selaras dengan usaha kerajaan melakukan pembaharua­n kerana kita dapati kalau ada pertindiha­n fungsi dalam badan terbabit maka ia (pasukan) tak wajar diteruskan.

“Kita yakin dengan alignment (penyusunan) yang baharu ini, peranan PDRM akan lebih cekap dan berkesan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan oleh Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas statistik baharu yang dikeluarka­n oleh badan penyelidik bebas yang merumuskan rating Kerajaan Pakatan Harapan (PH) merosot kepada 39 peratus daripada 79 peratus antara 21 Mei lalu dan 11 Mac tahun ini, Muhyiddin berkata, PH akan mengambil perhatian serius mengenai perkara itu.

“Kita tahu rating tidak berapa baik, tapi masih ada banyak masa untuk kita bangunkan semula kedudukan kita dan meningkatk­an prestasi.

“Ada banyak juga yang telah dilakukan Kerajaan PH dan kita masih perlu menangani isu serta masalah yang ditinggalk­an oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia