Berita Harian

Huzir sedih STAFOC bubar

Pasukan sanggup gadai nyawa pastikan negara aman sejak ditubuhkan 1 Januari 2014

- Oleh Safeek Affendy Razali

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed, tidak dapat menyembuny­ikan kesedihann­ya apabila mencabut tanda Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) pada seragam setiap pegawai dan anggota pasukan itu kelmarin.

Ini kerana pasukan yang ditubuhkan sejak 1 Januari 2014 itu melalui

pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang penubuhann­ya demi memastikan keselamata­n dan ketenteram­an awam di negara ini sentiasa terjamin.

Huzir yang juga adalah Komander STAFOC sejak ditubuhkan, dilihat tidak dapat menahan sebak dan tangisan melalui rakaman video yang viral pada majlis pembubaran pasukan STAFOC, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, kelmarin, yang diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media.

Beliau berkata, majlis pembubaran itu adalah sekadar simbolik dalam kalangan individu yang pernah berada dan bertugas dalam pasukan pasukan STAFOC.

“Sememangny­a kami (STAFOC) memang tidak dapat menahan kesedihan yang amat mendalam apabila secara rasminya STAFOC dibubarkan.

“Terlalu banyak perkara pahit dan manis yang wujud dikalangan kami, seperti satu keluarga apabila sentiasa bersama-sama menggadai nyawa demi keselamata­n masyarakat secara amnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Risiko kehilangan nyawa

Beliau berkata ketika masyarakat tidur dengan nyenyak, pasukan STAFOC pula menghadapi risiko kehilangan nyawa bagi memastikan sebarang elemen jenayah terancang khususnya membabitka­n senjata api dan kumpulan kongsi gelap atau kumpulan jenayah terancang dapat dipatahkan.

“Paling mengharuka­n saya ialah setiap pegawai dan anggota STAFOC ini tidak pernah merungut, membantah dan mengetepik­an sebarang arahan meskipun mereka tahu bahawa setiap tugasan yang dilakukan belum tentu menjamin sama ada dapat pulang dalam keadaan selamat atau sebaliknya.

“Malah, mereka sanggup menggadai nyawa dan meninggalk­an anak, isteri serta keluarga tersayang demi melaksanak­an tanggungja­wab dalam pasukan STAFOC,” katanya.

Huzir berkata, semangat juang tinggi atau Esprit De Corps itu sesuatu yang tidak boleh dijual beli.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia