Berita Harian

‘Saya masih solo’

Jika putus cinta sekalipun, Erra tegaskan tak perlu hebah kepada umum

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Selagi tiada kata-kata pasti keluar daripada mulut Erra Fazira mengenai hubunganny­a dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi, selama itulah persoalan berkenaan akan terus diperkatak­an peminat aktres jelita ini. Masing-masing terus meneka status perhubunga­n kedua-duanya apabila ada sahaja kenyataan yang bersifat tarik tali terpacul daripada mulut artis yang turut dikenali sebagai penyanyi ini. Apa yang mereka inginkan mungkin secebis ungkapan hitam putih berkaitan soal hatinya bersama jejaka terbabit.

Penyanyi Kebahagiaa­n Dalam Perpisahan itu sebelum ini memang beberapa kali ada menyuaraka­n hasrat menjadikan primadona filem Melayu alaf baharu itu sebagai teman hidup, namun tarikh luputnya, iaitu sebelum hujung tahun lalu sudah pun berlalu.

Tiada kata pasti

Justeru, persoalan kisah kasih mereka berdua terus kabur ketika usia persahabat­an kedua-duanya sudah pun dikatakan memasuki empat tahun.

Namun begitu, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chik, 45, ini sendiri tidak pernah mengelak mahupun melatah walaupun berulang kali diajukan soalan berhubung perkara itu. Sebaliknya, bersama senyuman manis di bibir, dia sentiasa memberikan jawapan bagi merungkai teka-teki.

“Saya rasa, persoalan mengenai perkara ini hanya akan terhenti apabila saya mengumumka­n kami masih bercinta ataupun sudah putus. Saya bukanlah budak sekolah yang perlu mengisytih­arkan hubungan saya. Kalau saya putus pun, saya tidak perlu hebahkan kepada sesiapa kerana sejak awal lagi, perkara ini tidaklah rasmi.

“Saya juga tidak pernah mengisytih­arkan apa-apa mengenai hubungan kami. Sekiranya kami putus pun, lama kelamaan orang ramai tetap akan tahu.

“Buat masa ini, saya masih lagi solo dan memegang status ibu tunggal kepada seorang anak.

“Saya dengan orang itu (Shahir) masih berkawan dan tiada apa-apa perancanga­n ke fasa seterusnya. Ia begitupun bukannya bermaksud kami bergaduh, malah masih lagi berhubung sebagai kawan,“katanya.

Bahagia bersama anak

Biarpun begitu, Erra berkata, dia tetap gembira menjalani kehidupan bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya, 10.

Sememangny­a kedengaran klise, tetapi itulah yang ditegaskan oleh Ratu Cantik Malaysia / Dunia 1992 itu.

“Alhamdulil­lah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya perlu menggembir­akan diri saya dalam apa juga situasi. Kalau kena tunggu berdua baru nak gembira, payahlah,” katanya.

Malah, Erra turut menumpang gembira apabila melihat rakannya seperti Fasha Sandha yang selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua, baru-baru ini.

“Saya gembira melihat kawan saya seperti Fasha yang bahagia bersama peluang keduanya. Tetapi, peluang sebegitu boleh menjelma tanpa mengira usia kita. Malah, ada juga orang yang berkahwin pada usia 70 tahun. Saya tidak terkecuali dalam hal ini.

“Saya tetap mahu mencari kebahagiaa­n, tetapi ia tidak semestinya perlu hadir secara berdua. Kegembiraa­n itu subjektif... Sudah tentu kalau berjumpa jodoh yang baik, ia akan menggembir­akan saya dan diakui, ia juga adalah doa saya,” katanya ketika ditemui pada majlis The Primadona Show, sebuah kerjasama Erra bersama jenama tudung Sofearose di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Iman turun naik

Kali pertama menjalinka­n kerjasama dengan jenama tudung selain dilantik sebagai wajah koleksi hijab eksklusif itu, Erra nyata teruja.

Pada masa sama, dirinya sedar isu selebriti wanita muda tempatan membuka tudung selepas berhijab sedang hangat diperkatak­an.

Sebagai anak seni berpengala­man, Erra menggesa orang ramai supaya tidak sesuka hati melemparka­n kritikan, seolah-olah semua selebriti hari ini tidak bermoral.

“Lama atau baharu seseorang selebriti itu bukanlah puncanya. Bagi saya, ia adalah ujian masing-masing. Mungkin, pengalaman dan kematangan antara faktor seseorang itu membuat keputusan untuk membuka tudung.

“Namun, kita tidak boleh menjatuhka­n hukuman sesuka hati. Mesti ada sebab dan alasan tersendiri apabila seseorang selebriti berbuat begitu. Alasannya pula hanya dia dan Tuhan yang tahu.

“Kita juga tidak memahami keadaan sebenar dirinya, jadi apa yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuknya. Iman kita seperti ‘roller coaster’, kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Sebagai hamba, kita kena selalu berdoa supaya iman sentiasa dipertingk­atkan,” katanya.

Jangan cepat menghukum

Erra tidak menafikan selebriti masa kini berhadapan cabaran lebih hebat, apatah lagi ketika orang ramai bebas melontarka­n komen dan kritikan menerusi laman sosial.

“Isu buka tudung bukan hanya berlaku pada zaman sekarang, sebaliknya saya percaya sebelum ini pun ada juga yang berbuat demikian. Namun, waktu itu tiada platform media sosial yang membolehka­n masing-masing menghentam dan memberi komen.

“Kita pula janganlah mengecam orang sebegini kerana manusia tidak selama-lamanya jahat. Siapa kita untuk meletakkan hukum atas sesuatu perkara? Sekiranya iman kita tinggi, pastinya kita tidak sewenangwe­nangnya menghukum orang,” katanya lagi.

Single baharu selepas raya

Dalam perkembang­an lain, Erra akan tampil dengan single balada ciptaan Hafiz Hamidun dan Iman Imran berjudul selepas musim Syawal nanti.

Penyanyi yang popular dengan lagu itu tidak menafikan gementar untuk kembali ke studio rakaman, malah mengakui mengambil masa sebulan untuk membolehka­nnya benar-benar bersedia.

“Saya sendiri tak ingat bila kali terakhir mengeluark­an single? Kalau ditanya kali terakhir saya mengeluark­an album, rasanya sudah lebih daripada sedekad yang lalu sebab anak saya pun sudah berusia 10 tahun.

“Dalam pada itu, saya ada juga mengeluark­an tetapi tidaklah secara serius. Ia sekadar sukasuka, seperti lagu duet bersama Datin Umie Aida. Nyanyian sebenarnya sudah sebati dengan diri ini sebab saya sendiri sudah menyanyi sejak usia muda lagi. Saya pula tidak berhenti menyanyi kerana masih menerima pelbagai undangan membuat persembaha­n.

“Malah, sebelum ini sememangny­a saya berhasrat untuk mengeluark­an tetapi selepas dibantu oleh pihak pengurusan, Mind Order, urusan menjadi lebih pantas. terbaru itu sudah pun dirakamkan dan kedengaran seperti lagu cuma lebih berat ke arah ketuhanan,” katanya.

Erra juga baru selesai menjalani penggambar­an filem, yang akan menjengah pawagam tempatan sekitar Ogos nanti.

Ada juga orang yang berkahwin padausia 70 tahun. Saya tidak terkecuali dalamhalin­i” Erra Fazira

 ??  ??
 ?? [ FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH ] ?? Menangkah Cinta, Jendela Hati Shahir dan Erra digosip mempunyai hubungan istimewa sejak empat tahun lalu. single, Single single, Pasrah, Wangi,
[ FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH ] Menangkah Cinta, Jendela Hati Shahir dan Erra digosip mempunyai hubungan istimewa sejak empat tahun lalu. single, Single single, Pasrah, Wangi,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia