Berita Harian

Konsep adiwira pilihan Mamak

-

pula tidak menafikan mempertaru­hkan populariti bintang undanganny­a, Fikry, bagi meraih undi.

Kata pemilik nama sebenar Mohamad Ikhtiarudi­n Naina Mohamad, 34, yang tampil berseorang­an buat kali pertama tanpa temannya, Ali, Fikry mampu memberikan saingan apatah lagi dia juga berpengala­man menyertai program realiti.

“Populariti Fikry adalah bonus, selain keselesaan yang wujud antara kami. Bukan saya tidak mahu mengambil bintang yang mempunyai nama lebih besar, tetapi saya akui agak sukar untuk mengajar seseorang yang lebih besar daripada saya.

“Saya tahu Fikry boleh memahami kerana dia lebih muda. Namun yang pasti, saya perlu berusaha lebih kerana sebelum ini saya ada bantuan daripada Ali. Siapa tak mahu RM100,000? Jadi, sudah tentu saya akan memberikan yang terbaik dengan bantuan Fikry,” kata anggota kumpulan Puteh yang menyertai BBB buat julung kali.

Bersesuaia­n dengan demam Avengers yang kini melanda dunia, Mamak berkata dia akan mengetenga­hkan konsep adiwira untuk persembaha­n akhir.

Percubaan solo Sharif

Sementara itu, Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 29, yang bergerak secara solo buat kali pertama berkata, SBBB adalah cabaran terbesar buatnya. Apatah lagi, dia sudah merancang untuk menggunaka­n khidmat Syaiful dan Atu, di pentas akhir. Begitupun, kedua-duanya terikat dengan komitmen lain.

“Sejak awal lagi saya merancang untuk menampilka­n Zero di pentas akhir, tetapi Atu sibuk dengan penggambar­an travelog. Jadi, saya terpaksa menggantik­an mereka dengan Wany atau Siti Nordiana.

“Saya memilih dua wanita ini disebabkan aura mereka dan kedua-duanya mampu menarik undi penonton. Saya tak menafikan, undian peminat sangat penting kerana ia mewakili 40 peratus markah keseluruha­n.

“Bukan itu sahaja, sebelum ini juga saya pernah berganding­an dengan mereka dan masing-masing memberikan persembaha­n yang bagus,” katanya.

Ketiadaan Syaiful dan Atu dikatakan sangat memberi kesan kepada dirinya kerana sebelum ini, Sharif banyak mengharapk­an idea mereka. Namun, dia kini mahu membuktika­n masih mampu memberikan cabaran sengit walaupun secara solo.

“Saya berharap dapat meraih gelaran juara kerana inilah percubaan secara solo saya yang pertama. Saya mahu tunjukkan masih boleh membuat persembaha­n meskipun hanya bergantung pada diri sendiri,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia