Berita Harian

Guardiola tuntut Citizens fokus

-

Manchester: Manchester City berdepan Burnley, hari ini yang menjadi antara empat perlawanan penting skuad Pep Guardiola dalam melakar fasa baharu dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Barisan Guardiola akan berkunjung ke Turf Moor, diikuti berdepan Leicester dan Brighton, ketika The Citizens bersaing sengit dengan Liverpool dalam memburu kejuaraan liga.

City ketinggala­n dua mata di belakang Liverpool selepas The Reds merampas semula kedudukan susulan kemenangan 5-0 ke atas Huddersfie­ld.

Namun City yang juga juara bertahan hanya perlu menang dalam tiga perlawanan itu untuk memastikan kejuaraan liga milik mereka, selain berdepan final Piala FA menentang Watford pada 18 Mei ini.

Tak ubah pandangan

Jika City menang, ini bermakna mereka mencatat 26 kemenangan daripada 28 perlawanan terakhir mereka.

Namun Guardiola enggan membanding perkara itu menjelang pertembung­an berdepan pasukan sukar, Burnley yang berjaya mengikat Chelsea, 2-2 Isnin lalu.

“Kami sudah tersingkir daripada Liga Juara-juara dan ketika di Barcelona kami mara,” kata Guardiola apabila ditanya mengenai perbanding­an dua kempen itu.

“Sekarang kami tidak memikirkan sangat mengenai final Piala FA menentang Watford. Saya cuma lebih mementingk­an perlawanan dengan Burnley, Leicester dan Brighton.

“Cuma tumpu kepada itu. Kami akan menganalis­is pada hujung musim berapa banyak kejuaraan. Ia tidak akan mengubah pandangan saya mengenai bagaimana kami lakukan pada musim ini... berapa banyak kejuaraan yang kami menang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia