Berita Harian

Pogba lebih banyak berjalan atas padang

-

London: Paul Pogba lebih banyak menghabisk­an masanya ‘berjalan di padang’ musim ini berbanding pemain tengah lain dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Pemain yang memakai jersi nombor 6 Manchester United itu baru-baru ini berdepan kritikan daripada penyokong dan penganalis­is yang menyatakan dia seperti kurang berusaha.

Satu statistik juga memperkuat­kan lagi perdebatan mengenai Pogba.

Pemain dari Perancis itu menghabisk­an 64 peratus masanya dengan berjalan di padang, satu ukuran yang meletakkan­nya menjadi pemain pertama daripada 79 pemain lain.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer kini berada dalam situasi prestasi menurun selepas tewas lima daripada enam aksi terakhir dan akan melayan Chelsea hari ini..

Pogba sering dilihat menjadi kambing hitam dan prestasiny­a tampak semakin menurun apabila Solskjaer mula mengambil alih posisi selaku pengurus tetap.

Isyarat badan

Biarpun diselubung­i aura negatif, pemain berusia 26 tahun itu tetap disenaraik­an dalam Pasukan Terbaik PFA dan terdapat statistik yang dapat mematahkan pertikaian yang menyatakan dia tidak diletakkan pada posisi sebenar.

Pogba adalah pemain ke-16 daripada 79 yang dikawal oleh seorang pemain tengah dan ke-34 daripada 79 yang berlari laju dalam setiap permainan.

Bekas pemain tengah United, Roy Keane antara pengkritik paling lantangnya apabila menegaskan Pogba ‘satu masalah besar’ buat The Red Devils.

“Dia seorang pemain berbakat, tetapi kami bercakap perkara sama berulang kali. Sudah banyak kali kami melihatnya dalam perlawanan yang dia tidak berlari laju ataupun berlari semula (ke posisi asal),” katanya.

“Dia bercakap mengenai isyarat badan - tetapi dengan mengangkat tangan ke udara. Dia satu masalah besar buat United.

“Graeme (Souness) sebelum ini bercakap mengenai keperluan pemain senior yang bagus dalam kelab kamu. Dia seorang pemain senior, bermain dalam kejohanan besar dan memenangi banyak trofi. Saya tidak fikir dia akan mampu menjadi contoh, daripada apa yang saya lihat.”

Pogba dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid pada musim panas ini dan kemungkina­n besar akan keluar daripada Old Trafford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia