Berita Harian

Sureeya jaguh masa depan

-

Kota Kinabalu: Ketua jurulatih, Ali Reza Souleymani percaya masa depan yang cerah menanti skuad karate negara selepas melihat kejayaan S Sureeya menghadiah­kan pingat emas pertama pada Kejuaraan Karate Remaja Asia di sini, semalam.

Dalam aksi final berat sebelah, atlet berusia 17 tahun itu ternyata berada pada kelas tersendiri selepas mudah menumbangk­an wakil Kazakhstan, Saiid Akhadov 11-3 dalam acara kumite bawah 55 kilogram.

Kemenangan itu sekurang-kurangnya mengendurk­an tekanan yang memuncak ke atas kem negara selepas permulaan lambat panas di hari pertama selain kegagalan beberapa atlet yang tewas dalam perebutan pingat gangsa.

"Ya kita mempunyai masa depan yang cerah dengan peningkata­n prestasi ditunjukka­n beberapa atlet muda seperti P Madhuri, A Somanroy dan Sureeya. Mereka ini adalah masa depan kita.

Perlu digilap

"Dan bagi Sureeya saya gembira dengan peningkata­n ketara dipamerkan­nya dalam beberapa kejohanan terakhir, cuma dia masih perlu digilap untuk menjadi jaguh Asia," katanya.

Menariknya, Sureeya yang juga produk kelahiran Kuala Lumpur dilihat tidak berdepan masalah apabila mudah menundukka­n satu demi satu lawannya dalam perjalanan ke final.

Sementara itu, Sureeya tidak mahu dibuai kemenangan terbabit dengan menganggap­nya sebagai titik permulaan untuk dia mencapai lebih kejayaan hebat dalam kejohanan Persekutua­n Karate Dunia (WKF) dan Persekutua­n Karate Asia (AKF).

"Saya gembira dengan kemenangan ini, dan pastinya jurulatih banyak memainkan peranan apabila memberi motivasi sebelum turun bertarung.

"Ini adalah permulaan saya untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam saingan AKF dan WKF. Malah, saya harus tingkatkan fokus selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, P Geerijaies­waran mengikut jejak langkah adiknya - P Pavithran - apabila menyambar gangsa dalam acara kumite bawah 61 kg manakala satu lagi gangsa turut diperoleh menerusi pasukan kata lelaki.

Berdasarka­n keputusan itu bermakna kedudukan Malaysia melonjak ke kedudukan keenam keseluruha­n selepas memungut satu emas, satu perak dan empat gangsa, namun jauh ketinggala­n di belakang Jepun dengan 10 pingat emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia