Berita Harian

Pelajar hufaz bantu UKM juara PES2019

-

Kuala Lumpur: Sudah menghafaz al-quran dan menjadi hufaz bukan masalah buat Muhammad Hafifi Hamdan membantu pasukan EUKM FC menjuarai kategori Pro Evolution Soccer 2019 (PES2019), Grand Finals XPAX Kejohanan Esukan Kampus (KEK) 2019, di Sunway Pyramid, semalam.

Hafifi yang juga penuntut di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama dua lagi rakan, iaitu Muhammad Syarifudin Hidayatull­ah Muhammad Yusuf dan Muhammad Naem Zolkapli menewaskan GLHF UNISEL.

Laluan sukar

Menerusi permainan konsol itu, EUKM berdepan laluan sukar di peringkat separuh akhir apabila hanya menang tipis 3-2 kepada UTEM sebelum berjaya menewaskan GLHF Unisel, 3-0 pada final.

“Kami berdepan saingan yang agak sengit pada separuh akhir dan ketika final kerana pasukan GLHF Unisel mempunyai seorang wakil Malaysia.

“Kami melakukan latihan tiga hingga empat jam pada waktu malam di studio UKM dan Alhamdulil­lah kami menjadi juara,” kata Hafifi atau A_fif yang mewakili Malaysia pada Kejohanan PES Asia Tenggara 2018 menerusi permainan atas talian.

Saingan akhir Mobile Legends juga berlangsun­g sengit namun taktikal Ultra Instinct dari UKM lebih berkesan, sekali gus menundukka­n UMSKAL E-sport mewakili Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan 2-1.

Gelaran juara keseluruha­n XPAX KEK2019 menjadi milik Universiti Malaysia Sabah (UMS), sekali gus layak membawa pulang biasiswa RM25,000 yang ditaja XPAX.

Untuk rekod, sebanyak 48 pasukan institusi pengajian tinggi (IPT) mewakili lima zon menampilka­n kehebatan masing-masing pada Grand Finals XPAX KEK 2019 yang bermula kelmarin dan melabuhkan semalam.

Acara e-sukan kampus yang pertama dan terbesar di Malaysia anjuran Media Prima Digital menerusi portal permainann­ya, Mygameon serta rakan strategik Kitamen itu menawarkan hadiah tunai terkumpul berjumlah RM180,000.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL /BH] ?? Ultra Instinct (UKM) memenangi tempat pertama kategori Mobile Legends pada Grand Finals XPAX Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) 2019, di Sunway Pyramid, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL /BH] Ultra Instinct (UKM) memenangi tempat pertama kategori Mobile Legends pada Grand Finals XPAX Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) 2019, di Sunway Pyramid, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia