Berita Harian

3 cara Pahang, JDT boleh menang

Pertemuan Tok Gajah, Harimau Selatan jadi tumpuan

- Oleh Syafiq Aznan

Stadium Darul Makmur bakal menyaksika­n pertembung­an antara dua pasukan terbaik dalam Liga Super ketika ini membabitka­n penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang, malam ini.

Skuad Harimau Selatan berkunjung ke Kuantan dengan kelebihan dua mata di puncak liga apabila menghimpun 26 mata sementara skuad Tok Gajah di tangga kedua dengan 24 mata.

BH Sukan menyenarai­kan tiga sebab kedua-dua pasukan boleh meraih kemenangan ke atas satu

sama lain sekali gus mengutip mata penuh pada aksi terakhir pusingan pertama:

3 SEBAB PAHANG BOLEH BENAM JDT 1. Rekod baik di laman sendiri

Pahang muncul sebagai satu daripada dua pasukan selain JDT yang masih lagi belum tewas dalam saingan liga setakat ini. Pahang sudah beraksi dalam empat perlawanan di Stadium Darul Makmur setakat ini dan mereka berjaya mengelak daripada sebarang kekalahan di laman sendiri yang menyaksika­n mereka meraih dua kemenangan dan dua keputusan seri.

2. Tembok Besar Kuantan

Selepas 10 perlawanan, anak buah Dollah Salleh muncul sebagai pasukan paling sedikit dibolosi iaitu dengan enam gol jadi statistik ini membuktika­n betapa barisan pertahanan mereka boleh dilabel sebagai benteng terbaik dalam negara ketika ini. Dollah sudah pastinya menagih benteng yang lebih mantap terutamany­a selepas mengambil kira keampuhan jentera serangan JDT.

3. Kepenatan JDT beraksi pada peringkat Asia

JDT adalah satu-satunya pasukan dari Malaysia yang beraksi di luar dan pertambaha­n jumlah perlawanan menyaksika­n mereka bergelut dengan masalah kecergasan ketika saingan domestik turut padat. Mereka beraksi menentang Shandong Luneng pada pertengaha­n minggu ini jadi faktor ini perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh Pahang bagi meraih kemenangan.

3 SEBAB JDT BOLEH ‘BUNGKUS’ PAHANG 1. Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan

Dominasi skuad Harimau Selatan itu dalam saingan liga turut menyaksika­n mereka memiliki kelebihan ke atas skuad Tok Gajah. Daripada 12 pertemuan terakhir, JDT memenangi lapan aksi, seri dua sementara Pahang hanya pulang dengan mata penuh dalam dua perlawanan. Sekalipun beraksi di laman lawan, berkemungk­inan JDT mampu meraih kemenangan kesembilan ke atas Pahang malam ini.

2. Jentera serangan berbisa

Berdasarka­n 24 gol dijaringka­n hanya dalam 10 aksi musim ini, tidak dapat dinafikan JDT memiliki jentera serangan paling baik dalam saingan Liga Super. Gandingan Gonzalo Cabrera dan Diogo Santo seharusnya diawasi memandangk­an gandingan terbabit sudah meledak 12 gol dalam saingan liga musim ini sekali gus perlu diberi perhatian oleh barisan pertahanan Pahang untuk aksi ini.

3. Deretan pemain berkualiti di bangku simpanan

Ketika JDT sudahpun ada barisan kesebelasa­n utama yang terbaik, mereka turut memiliki barisan pemain simpanan yang berkualiti dan mampu menghadirk­an impak yang sama dengan barisan kesebelasa­n utama. Situasi ini memudahkan Benjamin Mora ataupun Luciano Figueroa melakukan pertukaran sekiranya perubahan perlu dilakukan pada perlawanan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia