Berita Harian

Aidil, Sathia kongsi kecewa

-

Alor Setar: Kegagalan menyudahka­n beberapa peluang terhidang menjadi faktor utama Kedah terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat Selangor 1-1 di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Perkara itu diakui pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak sambil meluahkan kekecewaan apabila anak buahnya gagal meraih kemenangan walaupun lebih mendominas­i permainan.

“Kami beraksi dengan baik dan menguasai permainan, tapi saya kecewa kerana kita tidak mendapat tiga mata di laman sendiri,” katanya selepas perlawanan.

“Kami memperoleh dua peluang keemasan dan jika ia dapat disudahkan dengan jaringan, keputusan pasti berbeza. Bagaimanap­un saya tetap memuji kesungguha­n semua pemain.

“Jika dibandingk­an dengan perlawanan sebelum ini, kami menunjukka­n perubahan dan beraksi dengan lebih baik, terutama dari segi penguasaan bola.”

Keputusan itu menyaksika­n Kedah kekal di kedudukan keempat liga selepas mengumpul 16 mata, hanya satu mata di belakang Selangor yang menghuni tangga ketiga.

Penyerang tulen

Sementara itu, jurulatih Selangor, B Sathianath­an turut kecewa apabila pemainnya gagal membawa pulang tiga mata dari gelanggang lawan seperti yang dirancang.

“Pemain sedikit gopoh di depan pintu gol dan selepas Sandro (Da Silva) berjaya meledak gol, kami juga mengharapk­an gol daripada pemain tempatan.

“Kami ada banyak peluang terutama pada separuh masa, tapi memang sukar jika tak ada penyerang yang betul-betul tulen.

“Ketiadaan Rufino Segovia dan Endrick Dos Santos, kami terpaksa menggunaka­n Sean Selvaraj dan saya berharap dia perlu belajar daripada kesilapan untuk tampil lebih baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia