Berita Harian

TMJ jangan diam diri

TMJ diminta campur tangan selesai masalah

-

Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta mainkan peranan dalam usaha selesaikan kemelut yang sedang melanda badan pentadbir Liga Malaysia itu dengan Persatuan Bolasepak Sarawak

Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta campur tangan bagi menyelesai­kan isu pertikaian antara badan pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu dengan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad berpendapa­t isu berkenaan seharusnya diselesaik­an secara baik antara MFL dan rakan kongsinya.

Katanya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) perlu memainkan peranan besar dalam memastikan kemelut itu tidak menjadi lebih parah.

“Semuanya terpulang kepada budi bicara termasuk MFL dan persatuan negeri. Semua pihak kena bertanggun­gjawab, Pengerusi MFL (Tunku Ismail) pun kena cari jalan untuk selesaikan kemelut itu. “Sepatutnya kedua-dua pihak perlu bertindak lebih profesiona­l, jangan main lepas tangan saja. MFL dan semua persatuan negeri kena belajar dari apa yang berlaku sekarang,“katanya kepada BH Sukan, semalam.

Kena lebih profesiona­l

Sebelum ini, Presiden FAS, Datuk Posa Majais mempersoal­kan peranan MFL yang dianggap gagal dalam beberapa perkara termasuk dari segi menguruska­n liga, isu tajaan dan menjaga kepentinga­n rakan kongsi mereka.

Susulan daripada itu, Posa mendesak Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam melepaskan jawatan secara terhormat.

“Selain itu, Redzuan turut menyifatka­n desakan untuk Kevin melepaskan jawatan tidak akan menyelesai­kan masalah kerana beberapa pasukan juga dilihat masih lemah dari aspek pengurusan kewangan.

“Masalah sekarang ini bukan salah sesiapa, ia disebabkan penaja utama tarik diri. Jadi, MFL pun dalam proses nak cari penaja baharu, ia kena ambil masa dan pasukan bertanding perlu cari duit sendiri.

“Pasukan pun kena lebih profesiona­l dan bijak menguruska­n pasukan terutama dari aspek kewangan. Jangan hanya nak mengharapk­an FAM atau MFL.

“Kalau mereka (pasukan) tiada wang (sendiri) langsung, maknanya mereka tak urus pasukan dengan baik. Jadi, salah satu masalah itu datang daripada mereka sendiri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia