Berita Harian

Salah terbayang Kasut Emas

Salah, Mane dahului senarai penjaring terbanyak

-

London

Liverpool mungkin tidak akan memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini namun setidaktid­aknya mereka boleh ‘berlagak’ ke atas Manchester United.

Kemenangan besar 5-0 ke atas Huddersfie­ld, pagi semalam membolehka­n mereka menyamai musim terbaik yang pernah dilakar seteru tradisi mereka itu apabila menghimpun 91 mata.

Anak buah Sir Alex Ferguson melakukan catatan terbabit pada musim 1999-2000 ketika mereka memenangi gelaran kedua pada musim yang menyaksika­n mereka

muncul juara liga buat kali ketiga berturut-turut.

Meskipun The Red Devils merangkul 13 kejuaraan liga namun hanya dua kali mereka mengutip lebih 90 mata, iaitu sekali lagi pada musim 2008-09.

Namun anak buah Jurgen Klopp mampu mengutip lebih 91 mata pada musim ini memandangk­an saingan masih berbaki dua perlawanan.

The Reds bakal berdepan Newcastle dan Wolves bagi dua aksi terakhir musim ini ketika mereka terus menghambat Manchester City untuk gelaran juara liga musim ini.

Hambur pujian

Dengan baki dua perlawanan lagi, Liverpool boleh menghimpun 97 mata sekiranya meraih kemenangan dan catatan 97 mata itu mungkin menjadi kutipan mata kedua atau ketiga tertinggi dalam sejarah EPL.

City masih boleh menghimpun 98 mata sekiranya turut meraih kemenangan dalam baki tiga perlawanan akhir bertemu Burnley, Leicester dan Brighton.

Sementara itu, pengurus Liverpool Jurgen Klopp memuji persembaha­n ‘menakjubka­n’ Liverpool dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kembali berada di kedudukan teratas liga susulan kemenangan ke atas Huddersfie­ld itu.

The Reds turut menjaringk­an gol terpantas dalam liga menerusi Naby Keita selepas 15 saat permainan di Anfield.

Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing menjaringk­an dua gol sekali gus membolehka­n kedua-duanya mendahului senarai penjaring gol terbanyak dengan Salah 21 gol dan Mane (20).

 ??  ?? Salah kini muncul penjaring terbanyak selepas ledak dua gol menentang Huddersfie­ld, pagi semalam.
Salah kini muncul penjaring terbanyak selepas ledak dua gol menentang Huddersfie­ld, pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia