Berita Harian

Hab perabot disasar mampu pulihkan ekonomi Sandakan

Syarikat dari China berminat melabur

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Cadangan menjadikan Kawasan Industri Berkelompo­k Kelapa Sawit (POIC), di sini, sebagai hab perabot dijangka mampu memulihkan semula ekonomi daerah ini dalam jangka panjang menerusi industri berasaskan kayu.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian, Datuk Seri

Madius Tangau, berkata sebuah syarikat dari Shenzen, China berminat untuk melabur dalam industri itu di daerah ini kerana kelebihan negeri ini yang mempunyai bahan mentah.

Katanya, syarikat terbabit boleh terus mendapat pembekal bahan mentah daripada Yayasan Sabah, Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) dan pemegang lesen Unit Pengurusan Hutan (FMU), berbanding bergantung kepada pembekal luar ketika ini.

“Apabila pelabur datang ke sini, bukan saja boleh membuat perabot seperti biasa contohnya yang berasaskan kayu saja tetapi mereka juga membuat perabot untuk dieksport dan dalam erti kata lain boleh mewujudkan industri kecil.

“Ini adalah hala tuju bagi Sandakan yang kita fikirkan mampu menghidupk­an kembali ekonomi daerah ini, (selaras) inisiatif kita untuk jadikan Sandakan seperti dulu yang mana ekonominya berasaskan kayu-kayan,” katanya ditemui selepas Majlis Makan Malam Pertubuhan Pasok Momogun Kadanzandu­sun Murut Bersatu (UPKO) di sini, kelmarin.

Yang turut hadir ialah Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Pertingkat kemudahan

Madius berkata, kerajaan juga dalam perancanga­n untuk memperting­kat kemudahan untuk taman perindustr­ian berkenaan menerusi pembinaan jalan pesisir pantai sepanjang 1.2 kilometer (km) bagi menghubung­kan POIC dan pelabuhan Sandakan.

Katanya, pembinaan jalan raya itu akan memendekka­n laluan dan membolehka­n ia lebih dekat dengan pelabuhan, berbanding sejauh kira-kira 16km ketika ini.

“Biarpun di POIC sudah ada kemudahan seperti jalan raya dan bekalan elektrik, tetapi sehingga kini cuma sebuah syarikat memproses minyak sawit mentah yang beroperasi di situ dan kerajaan buat keputusan supaya tumpuannya diubah sebagai hab perabot.

“Sebab itu, dasar kerajaan untuk mengharamk­an pengekspor­tan kayu balak ketika ini kerana tujuannya supaya ia boleh diproses dengan nilai tambah lebih tinggi seperti perabot, sekali gus menarik minat pelabur,” katanya.

Terdahulu, Madius yang juga Presiden UPKO dan Timbalan Pengerusi DAP, Datuk Frankie Poon Ming Fung meluangkan masa bersama calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan beramah-mesra bersama ahli UPKO.

 ?? [ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH ] ??
[ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia