Berita Harian

Penduduk digalak ternak tantadan

-

Tuaran: Penduduk luar bandar di kawasan Tamparuli dan Kiulu digalakkan mengusahak­an penternaka­n lebah kelulut atau lebih dikenali tantadan dalam kalangan masyarakat Dusun untuk menjana pendapatan sampingan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata kebanyakan lokasi kediaman penduduk di kawasan berkenaan yang redup sesuai untuk ternakan tantadan yang digunakan untuk tujuan perubatan.

“Langkah itu bukan sahaja membantu menambah pendapatan atau menjadi sumber makanan berkhasiat buat keluarga malah secara tidak langsung turut membantu mewujudkan persekitar­an kediaman lebih kondusif.

“Selain itu, sumber itu membolehka­n individu atau syarikat peniaga menghasilk­an pelbagai produk seperti sabun atau perubatan sekali gus menjana ekonomi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata demikian ketika merasmikan Kursus Asas Industri Tantadan yang diadakan di Dewan Tamparuli MultiPurpo­se, di sini, semalam.

Kursus anjuran Sedcovest Holding Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Usahawan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) Tuaran selama tiga hari disertai 90 peserta.

Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata, penternak lebah kini tidak perlu risau apabila teknologi salutan nano yang disediakan sejak tahun 2017 memudahkan kerja pengusaha.

Teknologi itu berupaya menghalang pertumbuha­n bakteria sekali gus memberi lebih banyak masa dan tenaga untuk lebah menghasilk­an madu berkualiti.

Terdahulu, Timbalan Pengurus Besar Sedcovest Holding Sdn Bhd, Valeria Pillin, berkata menternak tantadan adalah antara usaha yang mempunyai potensi untuk berkembang dan dimajukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia