Berita Harian

Balkan indah bagai lukisan

Jelajah 6 negara terokai kesan sejarah, destinasi menakjubka­n

- Oleh Noraini Ismail bhnews@bh.com.my

Cantik memukau, keindahan bagaikan lukisan itulah yang dapat saya gambarkan sepanjang mengembara di enam negara di wilayah Balkan selama 12 hari bermula 2 April lalu.

Kalau orang bertanya negara mana di Balkan yang paling menarik, bagi saya semuanya cantik, masing-masing ada keunikan tersendiri yang sukar dibandingk­an.

Keindahan alam semula jadi, tembok dan istana lama, menggambar­kan kegemilang­an Kerajaan Uthmaniah dan Byzantine, patung pemimpin menjadi simbol kemegahan seperti Alexander The Great antara tempat tumpuan pelancong.

Keindahan alam semula jadi seperti gunung-ganang berkabus masih ada yang diliputi salji, cerun dalam, landasan kereta api, jambatan, terowong meredah ke dalam gunung dan bukit membuktika­n besarnya tenaga manusia untuk membinanya.

Air sungai jernih berwarna hijau, rumah di lereng bukit dengan kawasan bercucuk tanam di sekitarnya membuatkan kita kagum dengan keagungan ciptaan Tuhan.

Jejaki kesan sejarah

Rasanya rugi jika terlelap walaupun sekejap di dalam bas yang membawa 33 orang ahli rombongan menyusuri bandar dan perkampung­an di enam negara Balkan itu.

Seorang peserta anggota rombongan mengatakan, kami sebenarnya melawat 12 negara berikutan kawasan sempadan di sesetengah negara seperti Albania yang terpisah kembali bercantum selepas melewati Macedonia dan Kosovo.

Begitu juga Croatia yang sempadanny­a kembali bercantum selepas dipisahkan Montenegro dan Bosnia-herzegovin­a selain Istanbul, Turki yang menjadi tempat transit kami sebelum ke Balkan.

Pengembara­an ke Balkan bermula di Tirana, Albania. Kedatangan kami disambut pemandu pelancong, Amira Softic, berasal dari Sarajevo, Bosnia-herzegovin­a.

Sudah masuk musim bunga, tetapi perubahan cuaca tidak menentu memaksa kami memakai baju tebal. Kedinginan di Tirana tidak menghalang kami menjejaki kesan sejarah dengan bantuan penerangan pemandu pelancong.

Masjid megah berdiri di bumi Balkan

Hari pertama di Albania yang majoriti pendudukny­a beragama Islam kami menaiki bot menyusuri Tasik Ohrid, rasa penat itu hilang selepas bermalam di sebuah hotel berdekatan tasik itu.

Kami menikmati keindahan tasik pada sebelah paginya sebelum bertolak ke Skopje, Macedonia.

Perjalanan dari satu destinasi ke destinasi memang agak lama, tetapi ada perhentian untuk kita singgah berehat dan minum air untuk menghangat­kan badan.

Ketika berada di Macedonia, Kosovo, Montenegro, Sarajevo, Mostar dan Bosniaherz­egovina kelihatan banyak masjid berbanding gereja.

Terserlah seni bina Islam

Namun, reka bentuk masjid dan gereja adalah sama, iaitu warna hijau kubah sama, cuma membezakan ialah lambang bulan sabit dan salib di puncak menaranya.

Rombongan berpeluang solat dan melihat keindahan seni bina Masjid Mustafa Pasha, antara masjid tertua di Skopje.

Dalam keghairaha­n melihat kesan tamadun Islam Kerajaan Uthmaniah di Macedonia, kami juga terheret menjejaki tragedi pembunuhan beramai-ramai masyarakat Islam Bosnia dilakukan jiran mereka ketika tercetus peperangan dengan Croatia dan Serbia, pada 1990-an.

Sebak ketika mengaminka­n doa untuk 116 mangsa dibunuh kejam di Kampung Ahmici mengambil nama keluarga seorang kanak-kanak yang selamat dan kemudian menjadi saksi di mahkamah antarabang­sa sehingga menghumban pemerintah Croatia ketika itu ke penjara.

Kami juga dibawa melawat Terowong Harapan atau Tunnel of Hope di Vrelo Bosna Park, Sarajevo dibina rakyat Bosnia untuk menyalurka­n bantuan kepada mangsa peperangan.

Seperti di alam bunian

Perjalanan hari terakhir ke

Taman Negara Plitivice di Zagreb, Croatia paling mengujakan.

Apa tidaknya dalam usia emas, kami mampu meredah taman sejauh lapan kilometer.

Ketika diberitahu jarak perjalanan, ramai yang mengalah pada mulanya, tetapi apabila dijelaskan kawasan itu mempunyai puluhan air terjun, semua teruja untuk meneroka.

Melewati kawasan berbukit, meniti trek khas, mata terpukau dengan keindahan air terjun semula jadi dan air sungai kehijauan, terasa seolah-olah berada di alam bunian.

Apabila tiba di puncak air terjun yang paling tinggi, rembesan airnya macam hujan gerimis.

 ??  ??
 ??  ?? Rombongan di depan patung Alexander The Great di Macedonia.
Rombongan di depan patung Alexander The Great di Macedonia.
 ??  ?? Penulis di Taman Negara Plitivice di Zagreb, Crotia.
Penulis di Taman Negara Plitivice di Zagreb, Crotia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia