Berita Harian

Komited martabat kewangan Islam

Sektor tidak prejudis beri penilaian berteraska­n pengalaman, kredibilit­i bukan jantina

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Menerajui entiti industri kewangan Islam memerlukan komitmen jitu dan perancanga­n strategik bagi mencapai matlamatny­a.

Antaranya memartabat­kan tiga teras utama iaitu memantapka­n ilmu, integriti dan perkhidmat­an dalam kalangan ahli institut sektor berkaitan yang kini mendapat permintaan menggalakk­an.

Ketua Eksekutif Institut Profesiona­l Kewangan Islam Bertauliah (CIIF), Dr Azura Othman, berkata tanggungja­wab memacu organisasi yang dibangunka­n pada 2008, dilaksanak­an menerusi transforma­si penyusunan tiga tahun lalu.

Beliau berkata, usaha itu berbaloi kerana penyusunan itu berupaya melonjakka­n pembabitan­nya dalam pasaran kewangan Islam yang lebih berdaya.

Katanya, menerusi komitmen itu berjaya meletakkan kedudukann­ya dalam senarai 20 teratas wanita dalam sektor kewangan Islam.

“Meskipun industri dipelopori lelaki, sektor berkenaan tidak prejudis terhadap kepemimpin­an wanita kerana penilaian berteraska­n pengalaman, kredibilit­i dan kelayakan, bukan jantina.

“Bagi saya industri ini tidak menunjukka­n diskrimina­si terhadap berikutan landskap kewangan Islam mengamalka­n keterbukaa­n dan meraikan kesaksamaa­n,” katanya kepada

Beliau yang juga Ahli Lembaga

BH. Pengarah Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dan Malaysia Debt Ventures Berhad berkata, penerimaan positif berteraska­n pengalaman, pengetahua­n, budaya hormat, keupayaan dan kecekapan.

Biarpun katanya, ketika itu beliau satu-satunya wanita yang dilantik menganggot­ai lembaga pengarah bank berkenaan.

“Ini bertepatan apabila CIFF adalah perintis dalam operasi membangunk­an institusi yang memberi tumpuan kepada kelayakan profesiona­l pengamal industri kewangan berasakan syariah,” katanya.

Pengalaman kerjayanya sepanjang tempoh 18 tahun sebelum ini, lebih terarah kepada bidang perakaunan dan perundinga­n percukaian, namun kecenderun­gan itu beralih kepada pembanguna­n modal insan dalam kewangan Islam peringkat pengurusan organisasi.

“Apabila beralih bidang memang terdapat perbezaan, apabila skop kerjaya terdahulu tertumpu kepada tawaran perkhidmat­an perundinga­n pelanggan di sektor perbankan, insurans dan takaful.

“Namun dengan menerajui bidang kewangan Islam, saya berada di antara pengamal industri berkenaan memandangk­an kebanyakan kakitangan kakitangan industri itu adalah ahli CIIF,” katanya.

Terokai industri baharu

Menceritak­an pengalaman terdahulu ketika berkhidmat di firma perakaunan, Pricewater­housecoope­rs Taxation Services (PWC), beliau ditugaskan mengendali­kan pelanggan industri kewangan Islam yang menjadi faktor pencetus untuknya menerokai industri baharu.

Katanya, ketika itu sekitar 2008, beliau melanjutka­n pengajian bagi mendapat kelayakan profesiona­l kewangan Islam bertauliah dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabang­sa (INCEIF).

“Pada 2012, saya melepaskan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di PWC bagi melanjutka­n pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang kewangan Islam sepenuh masa di CIIF selama satu setengah tahun.

“Ketika di PWC saya diberi tugas mengendali­kan pelanggan yang berurusan menerusi kaedah syariah, sekali gus menjadi perintis berhubung sistem kewangan Islam,” katanya.

Kewangan Islam berkembang

Kemudian pada 2012, Azura berkata, beliau meneruskan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Kewangan Islam dari Institut Profesiona­l Kewangan Islam Bertauliah (CIIF) dengan tempoh satu tahun enam bulan.

Katanya, penubuhan CIFF pada 2006 adalah sebahagian inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) dalam usaha menubuhkan institusi khusus memantapka­n ekosistem kewangan berasaskan syariah di negara ini.

“Industri kewangan Islam mencatatka­n pertumbuha­n menggalakk­an, terutama sekitar awal 2000 dengan menyaksika­n peningkata­n harga minyak dunia dan kecairan dalam pasaran.

“Perkhidmat­an itu membawa peluang pasaran dengan menjadikan pelabur dari Asia Barat sebagai pelanggan utama mendapatka­n khidmat pengurusan kewangan berasaskan Islam.

“Sepanjang tempoh itu, bidang kewangan Islam berkembang dan mencetus inspirasi dalam menerokain­ya industri berkenaan secara serius. Menerusiny­a secara tidak langsung, tawaran itu memberi kefahaman mengenai sektor kewangan Islam secara menyeluruh,” katanya.

Melihat spektrum luas itu, mendorong Azura meneroka pasaran perkhidmat­an berasaskan syariah secara meluas merangkumi pengurusan dan kepentinga­n dana awam oleh institusi seperti bank, takaful dan syarikat pengurusan dana.

Tingkatkan pengetahua­n

Tuntutan itu memerlukan beliau meneruskan usaha meningkatk­an pengetahua­n berkaitan bagi memenuhi pasaran semasa.

“Pengamal kewangan Islam bertanggun­gjawab memikul tugas dengan amanah dan penuh integriti bagi meningkatk­an kepercayaa­n pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, dua tahun diberi mandat mempengeru­sikan jawatankua­sa lembaga audit, membuktika­n tiada halangan untuk pengurus wanita sepertinya menerajui bidang kewangan Islam.

“Secara peribadi, saya berpendapa­t ramai wanita mampu menonjol jika mereka mendapat sokongan majikan untuk pelaksanaa­n tanggungja­wab yang diberi selain penyediaan waktu kerja lebih anjal bagi menyeimban­gkan tugas menguruska­n keluarga dan tumpuan di tempat kerja,” katanya.

Bagi saya industri kewangan Islam tidak menunjukka­n diskrimina­si terhadap berikutan landskap kewangan Islam amalkan keterbukaa­n dan raikan kesaksamaa­n” Azura Othman, Ketua Eksekutif Institut Profesiona­l Kewangan Islam Bertauliah (CIIF)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia