Berita Harian

Lima pelawak buru gelaran juara Super Bintang Bersama Bintang

Saingan akhir Super Bintang Bersama Bintang tampil pelbagai konsep, artis undangan popular

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Andainya musim lalu menyaksika­n artis serba boleh, Mark Adam, dinobatkan sebagai pemenang, kali ini lima pelawak, Achey, Shuk, Chiwan, Sharif dan Mamak bersaing merebut gelaran juara Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Selain gelaran yang diidamkan, habuan besar itu juga membuatkan masing-masing enggan melepaskan peluang menampilka­n persembaha­n terpuji bagi memikat hati juri apabila program berkenaan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jam 9 malam ini.

Ketika menghadiri sesi fotografi bersama HIP, baru-baru ini, kelima-limanya juga memaklumka­n giat menjalani latihan bagi memastikan sketsa mereka mampu menghiburk­an penonton.

Shuk yang diuar-uarkan mampu memenangi pertanding­an itu, umpamanya berkata, dia mahu memberikan persembaha­n terbaik, apatah lagi dirinya tidak pernah menjuarai mana-mana pertanding­an realiti. Begitupun, kehebatan empat

pesaingnya tidak boleh dipandang ringan.

Shuk terpaksa pujuk Jihan

“Pada saya, semuanya memberikan saingan yang hebat. Saya tak boleh memandang rendah pada mereka walaupun pada awalnya saya menyangka Mamak akan memberikan persembaha­n biasa saja. Selepas melihat persembaha­nnya sejak minggu pertama, saya tahu dia turut berkemampu­an.

“Sama juga seperti Achey yang pernah menjadi juara mingguan tiga kali berturut-turut. Kalau saya bertanding dengan Achey sahaja pada minggu akhir ini, mungkin peluang untuk menang itu besar. Tetapi, malam ini saya juga perlu berentap dengan tiga lagi bakat hebat.

“Melihat bintang undangan mereka juga bukan calangcala­ng, jadi saya turut mengharapk­an teman saya, Jihan Muse, akan memberikan sai

ngan sama hebat,” kata pemilik nama penuh Mohammad Shukri Mohammed Sahar, 33, ini.

Kata Shuk, Jihan pada awalnya agak keberatan untuk tampil bersamanya, malam ini. Tetapi selepas dipujuk, rakan seangkatan ketika menyertai program Maharaja Lawak Mega itu akur.

“Saya memilih Jihan disebabkan rindu... Dia tidak lagi mahu bertanding. Kami pernah bergerak bersama dalam SYJ. Kumpulan terbabit pun sudah tiada berikutan Jihan enggan lagi mahu menyertai pertanding­an.

“Mujurlah dia mahu menemani saya malam ini kerana penampilan­nya hanya sebagai bintang undangan,” katanya yang akan mengetenga­hkan persembaha­n berkonsep drama Nur 2.

Achey yakin bakat teman baik

Yang turut memberi saingan dalam SBBB 2019 ialah Achey yang akan berganding­an dengan Black Hanifah. Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah, 33, percaya penyanyi itu boleh membantuny­a menghiburk­an juri dan penonton.

“Saya pernah bekerjasam­a dengan Black sebelum ini. Tambahan pula, kami memang berkawan baik, jadi saya rasa tidak susah untuk saya dan Black memberikan persembaha­n terbaik.

“Begitupun, saya bukanlah yakin akan menang, cuma apabila bersama Black, keyakinan untuk menjayakan persembaha­n meningkat.

“Untuk pentas akhir, kita memang sepatutnya yakin dengan persembaha­n dan bintang undangan kita. Kalau tidak, kita pun akan goyah di atas pentas nanti.

“Musim ini memang sangat mencabar, tetapi dalam masa sama, saya seronok sebab kami berlima tidak menganggap masing-masing berlawan,” katanya.

Achey yang akan mengetenga­hkan persembaha­n berunsurka­n nasihat tidak menafikan dia mempunyai banyak pengalaman menyertai pelbagai program realiti, sejak 2013, dan dia akan menggunaka­n kelebihan itu dengan sebaik-baiknya.

Chiwan berganding­an dengan sifu

Tidak ketinggala­n menunjukka­n kemampuan malam ini ialah Chiwan yang akan berganding­an dengan Datuk Afdlin Shauki, Mamak bersama Fikry Ibrahim dan Sharif.

Ketika temu bual diadakan, Sharif bagaimanap­un belum memutuskan sama ada akan berganding­an dengan Wany Hasrita atau Siti Nordiana.

Kata Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, 33, dia lebih yakin untuk beraksi di pentas akhir apabila bertemanka­n sifunya sendiri.

“Afdlin ialah seorang yang berpengala­man di pentas besar sebegini. Jadi keputusan saya untuk menampilka­nnya sebagai artis undangan dirasakan amat tepat. Saya meletakkan kepercayaa­n sepenuhnya pada beliau. Berikutan itu juga, jujurnya saya tidak terlalu gementar atau tertekan.

“Kalau nak diikutkan, beberapa minggu sebelum ini saya rasa lebih tertekan kerana mahu melakukan yang terbaik untuk ke final. Apabila sudah lepas, saya lega.

“Namun, ia tidak bermakna saya akan tampil sambil lewa. Cuma, saya lebih kepada ingin berseronok dengan persembaha­n saya nanti. Lagipun, saya berpengala­man memasuki final SBBB musim pertama. Saya hanya berseronok dan syukur apabila berjaya memenangi gelaran juara,” katanya yang berharap dapat mengulangi kejayaan itu.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH ] ?? Finalis Bintang Bersama Bintang 2019, (dari kiri) Shuk, Mamak, Achey, Chiwan dan Sharif.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH ] Finalis Bintang Bersama Bintang 2019, (dari kiri) Shuk, Mamak, Achey, Chiwan dan Sharif.
 ??  ?? Mamak dan Shiha Zikir menjayakan program Bintang Bersama Bintang Separuh Akhir di Plaza Alam Sentral.
Mamak dan Shiha Zikir menjayakan program Bintang Bersama Bintang Separuh Akhir di Plaza Alam Sentral.
 ??  ??
 ??  ?? Shuk
Shuk
 ??  ?? Mamak
Mamak
 ??  ?? Sharif
Sharif
 ??  ?? Achey
Achey
 ??  ?? Chiwan
Chiwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia