Berita Harian

Nora Lyana serba lengkap

Pemain boling pernah jadi atlet olahraga, gimnas, penyanyi dan pelakon

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur

Sebut saja nama Nora Lyana Nastasia Norkamal, sudah pasti peminat sukan tenpin boling mengenalin­ya.

Apatah lagi Nora Lyana memiliki raut wajah menawan dan senyuman manis yang mampu membuatkan ramai jejaka terpesona dengannya.

Walaupun hebat bermain boling, mungkin ramai sebenarnya tidak tahu yang Nora Lyana turut berbakat besar dalam sukan lain serta bidang seni.

Ketika dirinya masih di bangku sekolah rendah,

Nora Lyana pernah beraksi dalam sukan olahraga, malah pernah dinobatkan selaku olahragawa­ti selepas merangkul lima pingat emas dalam acara lompat tinggi, lompat jauh, 100 meter (m), 200m

dan 200x400m.

Nora Lyana juga mewakili daerah ke peringkat negeri dalam acara lompat tinggi dan memenangi emas.

Selain itu, Nora Lyana juga berbakat dalam sukan gimrama dan pernah menjuarai beberapa kejohanan terbuka seperti di Australia dan Taiwan sewaktu usianya baru mencecah 11 tahun.

Bukan itu saja, Nora Lyana yang berasal dari Dengkil, Selangor juga pernah menyertai rancangan Bintang Kecil terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain pernah berlakon drama di bawah arahan pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud.

Minat menari

“Dulu ketika berusia 12 tahun saya pernah menceburi bidang lakonan tetapi saya berhenti kerana saya lebih minat kepada boling. Sewaktu kecil, saya aktif dan pernah sertai

Bintang Kecil sehingga ke peringkat negeri.

“Saya juga pernah sertai gimrama dan menang di kejohanan terbuka antarabang­sa. Saya juga pernah menyertai olahraga hingga diangkat sebagai olahragawa­ti,” kata Nora Lyana yang turut mewakili negeri dalam sukan catur, bola jaring, tarian tradisiona­l dan tarian hip hop ke peringkat kebangsaan.

Atlet yang kini berusia 22 tahun itu menjelaska­n dia juga minat menari malah sudah menyertai kelas nyanyian sejak kecil.

Anak ketiga daripada empat beradik ini turut menjelaska­n yang dia masih merindui zaman muda, termasuk gimrama, sambil mengakui masih mengingati setiap rutin dalam sukan itu.

Korban bidang kejurutera­an

“Saya juga sukakan aktiviti lasak seperti bungee jumping, skydiving dan paraglidin­g, namun masih tak berpeluang untuk melakukann­ya hingga kini kerana sibuk dengan boling dan pelajaran. “Pada saya, melakukan aktiviti yang mencabar itu adalah satu perkara yang amat menyeronok­kan,” katanya.

Dalam pada itu, Nora Lyana juga bercadang untuk mengambil ijazah sarjana muda kedua dalam bidang perniagaan.

“Saya mengikuti pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan kerana inginkan menimba ilmu mengenai boling dan sukan negara. Mungkin bila berpeluang pada masa hadapan, ingin mengambil ijazah sarjana muda kedua dalam bidang perniagaan.

“Dulu saya ambil bidang kejurutera­an tapi terpaksa korbankan kerana tidak dapat sesuaikan diri sebagai atlet kerana sibuk dengan latihan dan kejohanan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Nora Lyana ketika menyertai rancangan Bintang Kecil dan sukan gimrama.
Nora Lyana ketika menyertai rancangan Bintang Kecil dan sukan gimrama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia