Berita Harian

222 pindah flet di Taman Keramat condong, retak

Pasukan Unit Forensik JKR buat siasatan tentukan tahap keselamata­n bangunan

- Oleh Safeek Affendy Razali dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Bangunan empat tingkat Blok F di Flet Taman Keramat Permai, di sini, yang terpaksa dikosongka­n sejak kelmarin berikutan beberapa keretakan teruk, dikesan condong ke satu arah.

Perkara itu disahkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang berkata, ia dilihat dengan mata kasar dalam pemeriksaa­nnya bersama beberapa agensi, di sini, semalam.

“Pemerhatia­n secara mata kasar mendapati bangunan ini condong ke satu arah iaitu di bahagian bucu.

Kemungkina­n berlaku pergerakan tanah.

“Keretakan di tingkat atas bangunan itu agak besar dan memerlukan pemerhatia­n segera tetapi saya belum berani untuk membuat kesimpulan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.

Amirudin berkata, satu kajian yang mendalam perlu dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari untuk mengetahui punca sebenar keretakan.

Kajian tiga hari

“Beberapa agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang melantik Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dipertangg­ungjawabka­n untuk melaksanak­an cerapan dan kajian forensik.

“Dalam kajian tiga hari ini, kita akan mengetahui mengenai siasatan yang dilakukan termasuk kesan pergerakan tanah dan kesesuaian untuk lokasi ini didiami atau proses baik pulih dilaksanak­an,” katanya.

Amirudin berkata, laporan itu juga akan menentukan sama ada blok lain perlu disemak untuk tujuan keselamata­n.

Katanya, bantuan segera akan diberikan kepada 37 keluarga yang tinggal di blok itu yang kini terpaksa dipindahka­n ke sekolah berdekatan.

Kelmarin, seramai 222 penghuni bangunan empat tingkat Blok F di Flat Taman Keramat Permai diarahkan berpindah susulan keretakan di dinding bangunan berkenaan selepas hujan lebat.

Sementara itu, pergerakan tanah yang menyebabka­n keretakan pada bangunan Blok F dilaporkan masih aktif.

Ketua Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof, berkata semua penduduk terbabit diarah mengosongk­an kediaman mereka bagi membolehka­n kerja pemeriksaa­n dan kajian tahap keselamata­n tanah serta struktur bangunan itu dijalankan.

“Hasil pemeriksaa­n pasukan siasatan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), MPAJ dan JKR mendapati pergerakan tanah masih aktif serta memerlukan pemeriksaa­n lanjut.

“Selain itu, pasukan Unit Forensik JKR perlu membuat siasatan lebih mendalam untuk menentukan tahap keselamata­n bangunan berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,” katanya ketika ditemui media di SMK Taman Keramat, semalam.

IKRAM pasang alat kesan mendapan

Beliau berkata, PKNS turut melantik IKRAM untuk memasang pengesan dan alat kajian bagi memastikan sama ada mendapan serta pergerakan tanah benar-benar aktif atau sebaliknya.

“Semua siasatan dan kajian akan dilakukan selama tiga hari sebelum sebarang keputusan mengenai tahap keselamata­n flet ini diketahui.

“Melalui keputusan diperoleh nanti, kita akan mengetahui sama ada bangunan ini boleh dibaiki dan masih selamat atau tidak untuk diduduki,” katanya.

Setakat jam 2.30 petang semalam, seramai 38 penduduk daripada sembilan keluarga yang menghuni flet itu berada di pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat, manakala baki 184 penghuni lagi dipercayai tinggal di rumah saudara-mara di kawasan berhampira­n.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediaka­n keperluan asas kepada semua mangsa di pusat pemindahan berkenaan, termasuk makanan, tilam dan perubatan.

Dalam kajian tiga hari ini, kita akan mengetahui mengenai siasatan yang dilakukan termasuk kesan pergerakan tanah dan kesesuaian untuk lokasi ini didiami atau proses baik pulih dilaksanak­an” Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

 ??  ??
 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM /BH] ?? Keretakan yang jelas pada bangunan Blok F, Jalan AU 1B/1, Taman Keramat Permai.
[FOTO SALHANI IBRAHIM /BH] Keretakan yang jelas pada bangunan Blok F, Jalan AU 1B/1, Taman Keramat Permai.
 ??  ?? Amirudin meninjau keadaan Blok F, Flet Taman Keramat Permai, semalam.
Amirudin meninjau keadaan Blok F, Flet Taman Keramat Permai, semalam.
 ??  ?? Penghuni Blok F ditempatka­n sementara di SMK Taman Keramat Permai.
Penghuni Blok F ditempatka­n sementara di SMK Taman Keramat Permai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia