Berita Harian

STRATEGI NAFAS MAJUKAN PETANI, MODENKAN SEKTOR PERTANIAN

Ikuti temu bual bersama Datuk Phahrolraz­i Mohd Zawawi, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS

-

Kita akan terbabit dalam skala besar dalam industri berkaitan dengan padi, ayam, makanan haiwan dan isu berkaitan dengan dagangan dan pemasaran barang pertanian. Barulah boleh kita menurun dan mengawal harga makanan” Phahrolraz­i Mohd Zawawi, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kini melihat keperluan untuknya menjadi pemimpin dalam memodenkan sektor pertanian negara dengan meneroka secara besar-besaran bidang pengeluara­n pertanian dan bukan semata-mata berfungsi sebagai pengurus baja subsidi. Fahmy A Rosli dan Ilah Hafiz Aziz, menemu bual Datuk Phahrolraz­i Mohd Zawawi selaku Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang membicarak­an mengenai strategi baharu pertubuhan mewakili lebih 800,000 ahli di seluruh negara. S: Apa hala tuju NAFAS sejak Datuk mengambil alih jawatan pengerusi?

J: Dalam dalam tempoh yang singkat ini, saya mengkaji dan melihat, selain mendapat maklumat daripada rakan-rakan NAFAS. NAFAS adalah organisasi bukan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), sebaliknya agensi kerajaan mengikut Akta 109. Ia sebenarnya agak istimewa kerana mempunyai pemegang saham terdiri daripada ahli peladang melalui Pertubuhan Peladang Negeri (PPN).

NAFAS juga mempunyai tanggungja­wab kepada kerajaan. Apabila melihat organisasi ini dan perjalanan­nya, saya dapati 96 peratus perniagaan NAFAS berkaitan baja subsidi (sehingga sekarang), hanya empat peratus dalam perniagaan berskala kecil membabitka­n beberapa syarikat. Ada syarikat subsidiari yang kita kuasai sepenuhnya dan ada yang kita usaha sama (JV) dengan pihak lain. Volume lebih kurang empat peratus antara contohnya, NAFAS Food, terbabit dengan ayam; ada yang terbabit dengan nurseri, makanan ternakan dan jentera tetapi semuanya berskala kecil.

Antara hala tuju baharu adalah pengurusan. Kita melantik seberapa segera sejak saya pegang jawatan pengerusi. Pada 1 Februari (lalu) saya memproses untuk (lantik) pengurus besar sebab ketika itu jawatan itu kosong. Banyak jawatan yang telah digantung dan tiada. Jadi, langkah pertama adalah melantik Pengurus Besar dengan secara laluan pantas menggunaka­n kuasa Menteri (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub) untuk melantik Ahmad Shaari, yang berpengala­man dan dahulunya pegawai kanan FELCRA. Itu tindakan yang kita buat.

Untuk perjalanan sedia ada, kita membuat penyusunan semula dengan mengisi jawatan kosong dan mahu pastikan perniagaan sekarang mesti memberi pulangan. Jadi, kita kaji semua perjalanan syarikat sedia ada supaya memberi pulangan ataupun kita ambil tindakan. Itulah langkah yang kita buat sekarang dalam tindakan pengurusan. Begitu juga dalam tindakan pengurusan adalah memodenkan perjalanan atau menaik taraf sistem pengurusan kerana kita organisasi yang besar. Tidak boleh lagi bergerak secara manual dan mestilah menggunaka­n kaedah bersesuaia­n sebagai sebuah syarikat yang besar.

Oleh kerana NAFAS berniaga dalam satu perniagaan iaitu baja sahaja, kita akan meneroka bidang lain, sekali gus tidak bergantung kepada baja sahaja. Bergantung kepada baja ini pun sudah ada satu petunjuk bahawa mungkin pada tahun lalu, kerajaan sudah mula memanggil tender untuk dibuka iaitu dasar Pakatan Harapan (PH), kerajaan baharu nak liberalisa­sikan kerana tak mahu lagi monopoli. Ada pemikiran tidak semestinya baja ini diberi kepada NAFAS. Kita sudah merayu kepada kerajaan, sekiranya ditarik agihan baja subsidi, NAFAS secara automatik akan mati sebab 96 peratus bergantung kepada baja. Itu sudah menjadi satu petunjuk pada masa depan bahawa NAFAS tidak boleh lagi bergantung kepada perniagaan baja sahaja. Mesti melihat bentuk perniagaan lain yang pada masa sama menjalanka­n dasar kerajaan untuk kita jalankan.

S: Ada perancanga­n untuk lupus anak syarikat yang tidak berdaya saing?

J: Syarikat NAFAS Modal Insan (Sdn Bhd) yang kita buat cawangan dengan UNIKL (Universiti Kuala Lumpur). Kita ada kolej tetapi cadang nak tutup kerana sambutanny­a tidak begitu baik. Jadi, itulah perniagaan yang ada. Selepas mengambil alih, saya terpaksa melihat semula perjalanan (operasi) NAFAS kerana organisasi ini diberi hak mengikut peruntukan penubuhan dan akta membolehka­n menjalanka­n perniagaan berkaitan pertanian bagi kepentinga­n pemegang saham yang berjumlah menghampir­i 890,000 ahli peladang. Sekarang, saya sedang merancang hala tuju yang baharu untuk NAFAS.

S: Adakah NAFAS terjejas jika tender terbuka pembekalan baja subsidi dilaksanak­an keraja- an?

J: Sebenarnya, kalau ia berlaku NAFAS hampir-hampir lumpuh. Kilang kita dan sebagainya hampir lumpuh, tetapi untuk tahun ini, kita sudah merayu kepada kerajaan. Pengurusan baharu dan saya merayu kepada menteri oleh kerana kita baru masuk dan sebagainya. Kena beri masa kepada NAFAS untuk menyusun perniagaan supaya tahun ini diberi perniagaan baja kepada NAFAS. Seperti yang disebut oleh Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Amiruddin Hamzah) memang pertimbang­an diberi kepada NAFAS dan kami difahamkan bahawa memang sebahagian daripada kelulusan itu kita sudah mula dapat. Kita belum dapat 100 peratus tetapi keputusan awal atau peringkat awal baja mula kita terima surat kelulusan daripada kerajaan.

S: Adakah NAFAS bersedia jika kerajaan laksanakan kaedah tender terbuka baja subsidi?

J: Masa sekarang NAFAS perlu diberi masa oleh kerajaan sebab kita mahu buat satu rancangan. NAFAS hendaklah mempelbaga­ikan perniagaan sebab ia dibenarkan untuk memperbesa­rkan perniagaan sedia ada kalau berdaya maju. Sebab itu, apabila kita merujuk hala tuju NAFAS kepada menteri, beliau menyebut dan menggarisk­an peranan NAFAS adalah satu agensi yang akan melengkap dasar kerajaan kerana ia menjalanka­n perniagaan dalam bidang termasuk dalam skop kementeria­n. Melihat isu ini, antara perkara menjadi cabaran sebenarnya kita mempunyai import makanan yang terlalu besar. Itu masalah yang sedang dihadapi. Sebagai contoh, petunjuk 2016 untuk makanan sahaja RM46.7 bilion kita import. Penternaka­n sahaja RM6.9 bilion; perikanan RM3.8 bilion; tanaman RM23.9 bilion dan lainlain makanan haiwan termasuk produk lain merekodkan RM12.2 bilion. Kemudian yang terbabit dengan pertanian seperti baja, jentera dan sebagainya RM6.5 bilion. Juga produk lain seperti ikan hiasan dan hasil hutan ada dalam RM31.4 bilion. Ketika ini, kalau kita lihat angka itu begitu besar. Sekarang dalam hala tuju pertanian yang digariskan menteri adalah supaya adalah lima teras termasuk memodenkan sistem pertanian untuk menaikkan hasil pertanian. Begitu juga memudahkan sektor swasta untuk masuk melabur dan sebagainya. Ia memberi satu tugas yang amat berat untuk NAFAS dalam konteks pelaksanaa­n iaitu nak menurunkan sebahagian daripada import barang makanan sedangkan keluaran makanan ini boleh dilakukan di sini (secara domestik) kecuali bahan makanan seperti gandum itu tidak boleh. Kalau hasil padi kita import dalam 70 peratus, beras kita import dalam RM4.3 bilion sedangkan padi boleh ditanam di sini. Cuma untuk mengatasi masalah, mesti ditingkatk­an hasil. Ini antara arahan yang diminta oleh menteri dan juga kita import ternakan banyak. Ayam, hasil tenusu dan telur burung pun kita import dalam RM3 bilion lebih. Sayur-sayuran RM5 bilion.

Sekarang untuk pastikan supaya kita mengurangk­an import, maka NAFAS akan pelbagaika­n perniagaan. Kita akan terbabit dalam skala besar dalam industri berkaitan dengan padi, ayam, makanan haiwan dan isu berkaitan dengan dagangan dan pemasaran barang pertanian. Barulah boleh kita menurun dan mengawal harga makanan. Kita menjadi satu pemain peneraju yang penting dengan peranan kita ada.

S: Ada perancanga­n NAFAS untuk merancakka­n perniagaan sedia ada?

J: Sasaran kita untuk perbesarka­n. Dalam industri baja kita sudah ada dan perolehann­ya lebih RM1 bilion campur-campur semua urusan berkenaan dengan baja termasuk kilang plastik dan sebagainya. Sebanyak 20 peratus daripada semua perniagaan yang kita sasarkan. Dalam bidang lain kena sasar RM1 bilion seperti ayam, daging, perladanga­n dan perdaganga­n. Anggaran RM1 bilion ini sebenarnya ia mengurangk­an import antara 20 hingga 30 peratus daripada jumlah import. (Jangkaan kurangkan import) Dalam 20 peratus perniagaan kita tetapi dalam konteks jumlah import sebenarnya ia pergi hampir 30 peratus. Tidak bermakna NAFAS akan capai 100 peratus kerana ini usaha sama dengan pihak swasta tetapi kita menerajui industri itu.

S: Bagaimana inisiatif ini akan dapat memberi manfaat kepada 800,000 ahli peladang seluruh negara?

J: Apabila kita secara besar-besaran bekerjasam­a dengan pihak yang sudah berjaya dan ada rekod serta prestasi baik, kita jangka hasil (pertanian) dalam negeri akan meningkat walaupun ambil masa. Apabila meningkat, kita akan pantau. Apabila hasil ditingkatk­an maka keperluan import boleh dikurangka­n untuk elakkan lambakan. Kalau lambakan kita memang hadapi masalah. Memang itu matlamat kerajaan untuk kurangkan import dan memberi fokus peningkata­n hasil dalam negeri. Kesannya, secara tak langsung, apabila hasil dalam negeri sudah meningkat tentu ia bakal mewujudkan peluang pekerjaan. Kita juga boleh wujudkan ladang kontrak dengan peladang yang boleh turut serta dengan projek. Misalnya, apabila kita sudah ada ladang ayam, pengusaha yang kecil-kecil itu, pertama mereka boleh menggunaka­n teknologi latihan daripada kita. Kedua, kita akan jamin pasaran untuk mereka. Jadi, mereka akan dapat manfaat. Itu langkah kita ambil untuk bantu petani.

S: Apa strategi NAFAS untuk majukan petani, modenkan sektor pertanian dan kurangkan import?

J: Kita sudah ada satu perancanga­n untuk terbabit secara besar-besaran dalam bidang yang berkaitan, misalnya padi. Dulu NAFAS tidak terbabit dengan padi, namun sekarang kita mahu terbabit dengan industri padi. Kita akan masuk dalam industri padi secara holistik daripada apa yang berkaitan dengan persiapan padi sehingga pemasaran. Dengan pembabitan ini, kita akan memperkena­lkan teknik

teknik baharu, teknologi baharu dalam industri padi sekali gus ia akan membantu meningkatk­an hasil. Apabila ada hasil, itu akan menggalakk­an petani menggunaka­n teknologi baharu.

Sekarang ini, kita kena cari tanah, kena buat perundinga­n, nak kena tengok kaedah serta teknik yang kebanyakan saya fikir terpaksa diimport. Saya rasa teknologi padi atau pertanian mesti kita import. Itu kita kena mengaku, kita memang terkebelak­ang dalam industri pertanian. Sebagai melaksanak­an hala tuju kementeria­n untuk memodenkan sektor pertanian, kita tak boleh pergi secara kecil-kecil kerana tidak ekonomi. Apabila kita buat dalam skala besar, dari situ kita boleh masuk mesin, buat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), guna teknologi baharu atau benih baharu. Dengan cara itu barulah kita boleh mula untuk memodenkan.

Kita juga nak ceburi industri ayam yang sekarang adalah makanan asasi kita tetapi import pun cukup besar. Kita pun cuma dapat menyediaka­n separuh sahaja. Lebih RM3 bilion nilai kita import ayam. Ini, kita akan masuk secara berskala besar. Ia juga mesti usaha sama dengan pihak swasta dan dengan kepakaran pihak swasta. Kita akan kenal pasti pihak swasta yang lebih moden (teknologi) kerana semua sekarang sudah moden dan automasi. Kita sudah melawat beberapa tempat dan banyak tempat berhubung dengan kita untuk usaha sama dengan kita. Yang syarikat tempatan pun ada dan luar pun ada. Sebenarnya, kita memerlukan kepakaran dan teknologi baharu. Kita sedia maklum, ayam bukan boleh diternak secara terbuka dan kena dibuat secara tertutup mengikut

SOP (prosedur operasi standard) ketat.

Saya sekarang ini tengok yang relevan dan terbaik dengan kita adalah dari Thailand antara mempunyai industri pertanian yang agak maju kehadapan. Dalam beberapa lawatan saya, mereka bersetuju untuk membantu kita dalam industri ini.

S: Thailand dilabel kuasa besar dalam industri pertanian. Apa yang boleh kita pelajari supaya Malaysia boleh menghasilk­an produk atau hasil setanding negara berkenaan?

Selalunya naratif pada pemikir dan pembuat dasar, kita anggap import lebih murah daripada kita buat dalam negeri. Patut yang jadi cabaran kepada kita mengapa Thailand boleh menghasilk­an barang dengan harga yang kompetitif. Sedangkan harga minyak di Thailand mahal dan tiada subsidi. Mengapa mereka boleh? Dalam lawatan saya ke sana mendapati mereka banyak menggunaka­n kaedah dan teknologi yang baharu, benih serta R&D baharu. Mereka tidak berjaya dengan begitu mudah sebaliknya perlu melalui R&D, barulah mereka capai kejayaan. Kita kalah di situ. Kita berharap melalui NAFAS dapat mengorak langkah seperti mana hala tuju yang menteri letakkan.

Saya mengambil satu sikap yang positif dan terbuka sekiranya kita tidak cukup kepakaran, saya bersedia melantik (pakar) dari luar datang bantu kita. Jangan kita cakap tidak boleh buat, tidak apalah atau sudahlah tetapi kena fikir mengapa kita tidak boleh menjemput pakar-pakar untuk kita bayar dan bekerja dengan kita. Ataupun kita hantar kakitangan kita belajar di sana. Kurang maju mesti belajar daripada yang maju. Kalau tidak kita tidak boleh berubah.

S: Petani di Malaysia dilihat terlalu bergantung kepada subsidi. Kerajaan baharu pula didakwa mengurangk­an subsidi. Apa pandangan datuk?

Subsidi di Malaysia sudah jadi budaya. Apabila saya merujuk petani di Thailand, sebenarnya mereka kurang menerima subsidi daripada kerajaan. Oleh kerana daripada awal dahulu, kita mula bagi subsidi makna kata mereka yang terbabit dalam pertanian ini berada dalam zon selesa. Apa-apa yang kurang, kerajaan subsidikan. Sebenarnya, untuk jangka masa panjang tak cukup baik untuk kita. Contohnya padi, kita banyak subsidi untuk baja, racun dan benih. Kemudianny­a harga padi pula subsidi lagi. Begitu banyak sekali subsidi. Sebab itu subsidi, saya lihat hasilnya rendah dan hanya dapat dalam lima ke enam tan. Ada sesetengah pula dapat tiga tan. Walaupun begitu banyak diberi subsidi. Tetapi dalam pengiraan yang dibuat, ada pihak di tempat kita sendiri ada yang dapat 10 hingga 12 tan ke atas.

Sebenarnya, sudah cukup kerana kerajaan boleh mengurangk­an subsidi bila kita sudah sampai satu hasil yang tinggi. Isunya, hasil rendah perlu kepada subsidi, tetapi hasilnya sudah tinggi. Sepatutnya kerajaan sudah automatik boleh mengurangk­an subsidi seperti yang berlaku di negara lain. Cuma kita tidak boleh nafi dalam industri pertanian sebenarnya di mana-mana negara ada subsidi termasuk di Amerika Syarikat dan Jepun. Mungkin cara mereka beri subsidi mungkin dikecualik­an jentera pertanian daripada cukai tinggi atau duti eksais tinggi. Mungkin dalam bentuk begitu untuk menjadikan mereka lebih kompetitif. Amerika Syarikat juga beri subsidi sebab nak eksport soya atau jagung ke luar negara supaya harga kompetitif. Itu sebab beri subsidi. Tidak seperti mana yang diberi oleh kerajaan kepada kita, terlalu banyak subsidi tetapi petani mestilah mahukan begitu. Bagaimanap­un, dalam konteks untuk mengembang­kan pertanian sebenarnya bukan seharusnya bergantung kepada subsidi.

S: Subsidi padi diberi melebihi RM1 bilion setahun tetapi hasil yang pesawah dapat kurang, ti- dak banyak. Kebanyakan mereka pula daripada golongan B40. Bagaimana untuk kurangkan subsidi?

Ini yang ditugaskan kepada NAFAS untuk kita jadi peneraju. Kita kena wujudkan satu model dalam konteks pertanian khususnya industri padi. Sebab itu, kami sedang rancang sekarang NAFAS sendiri kena terbabit dengan industri padi. Dalam konteks yang lebih lengkap dalam rantaian bekalan. Ini kerana ada pihak yang sebenarnya terbabit dengan industri padi mungkin ada kawasan padi yang luas pada skala yang besar dia ada traktor sendiri, ada mesin sendiri selain kilang sendiri. Sebenarnya mereka mendapat hasil cukup baik. Itu sebenarnya peranan NAFAS supaya kita masuk dalam industri ini dengan satu kepakaran dan dengan pemodenan yang kita perlu buat, maka dengan itu akan menjadi galakan kepada petani untuk mengambil kaedah atau model baharu dalam industri padi. Dengan cara itu, kita boleh meningkatk­an hasil.

S: Adakah model lama Jabatan Pertanian atau agensi berkaitan tidak berjaya melonjakka­n hasil padi?

Model yang ada sekarang ini disedari oleh Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Pertama, keluasan tanah itu kecil dan tidak ekonomi. Kedua, mereka yang terbabit dalam industri ini adalah golongan sudah berumur. Mungkin dulu muda, tetapi sekarang sudah berumur 60, 70 tahun. Generasi muda pula tak mahu. Itu model yang ada sekarang. Kita sekarang terpaksa ubah supaya pengurusan kawasan padi contohnya tidak boleh dibuat pada skala kecil sebab tak ekonomi. Sebab itu, mereka terpaksa bergantung kepada upah traktor, bergantung kepada segala upah-upah yang ada. Mereka melakukan kerja separuh masa sebab tak besar. Tetapi kalau kita buat secara lebih besar antaranya dengan cara menyembur racun pakai dron.

Jadi, apabila kita buat macam itu sebenarnya akan mengajak anak muda atau generasi baharu masuk dalam industri ini menggunaka­n latihan yang kita buat. Barulah menarik untuk generasi baharu masuk sama sebab mereka akan peroleh satu pendapatan yang tinggi. Mereka masuk bidang petani dengan satu kepakaran. Tidaklah masuk seperti macam tradisi, tabur benih dan sebagainya. Itu kaedah lama. Sekarang terpaksa guna kaedah yang lebih moden. Ia juga mesti melengkapi pengurusan rantaian bekalan. Maknanya ia mesti daripada baja, pergi kepada meracun, tanam padi, sampai ke kilang, pemasaran mesti lengkap. Barulah boleh ia menjadi satu perniagaan yang lengkap dalam industri.

S: Apa perkembang­an tender baja subsidi yang akan diberi kepada NAFAS?

Alhamdulil­lah, apabila saya dan rakan lain mengambil alih NAFAS, itu antara perkara yang kami minta kepada kerajaan supaya diteruskan subsidi baja dan diberi kepada NAFAS pada tahun ini. Setakat maklumat yang kita ada, kerajaan nampaknya bersetuju. Oleh kerana dasar ini mungkin berlaku pada Januari dan sebagainya, ada sikit masalah yang kita hadapi. Sebelum itu, kita tahu kontrak itu belum tentu diperbahar­ui lagi. Jadi tak seperti tahun-tahun sebelumnya. Itu sebab berlaku kelewatan sebab dasar pada awalnya tak diberi, kemudian beri kelihatan ia macam sudah mengganggu dalam konteks pembekalan tetapi apabila kerajaan buat keputusan, kami akan buat persiapan. Mungkin dalam masa singkat terpaksa cari jalan supaya pastikan jadual baja bagi petani dan kami boleh bekalkan mengikut jadual. Insya-allah.

S: Kalau berlaku kelewatan tender, bagaimana proses agihan baja?

Yang jadi kelewatan adalah panggil tender pada Jun selepas kerajaan baharu untuk dibuka kepada pembekal. NAFAS salah satu yang memasuki tender. Ambil masa begitu lama buat keputusan dan sebagainya. NAFAS ini oleh kerana kita tahu belum tentu mendapat tender atau kontrak itu. Kesannya, NAFAS tidak boleh membeli bahan mentah atau stok untuk memproses melainkan sudah pasti kata dapat kontrak. Itu ada sedikit terjejas antara tempoh sama ada nak bagi kepada NAFAS atau dibuka (tender baja). Jadi kita agak rumit pada mulanya. Itu yang mula terjejas sikit. Bagaimanap­un, kami masih ada stok yang boleh kami hantar.

S: Maksudnya, tender untuk tahun ini belum ada?

Untuk tahun ini, tender yang diberikan itu keputusan kerajaan. Sekarang masih akan diberikan kepada NAFAS pada 2019. Itu mengikut maklumat yang kita terima.

S: Sekarang, NAFAS gunakan stok baja subsidi lama?

Ya, yang lama. Dari segi harga semua menggunaka­n kadar yang lama. Kita ada stok. Namun, untuk satu jumlah yang besar membabitka­n kontrak yang baharu 2019, tidak adalah. Kita perlu surat rasmi daripada kerajaan.

S: Ada rancangan untuk menubuhkan Bank Peladang?

Ada satu resolusi yang pernah dibuat untuk wujudkan Bank Peladang tetapi sebelum pelaksanaa­nnya, pengurusan terdahulu sudah menubuhkan dana peladang. Dana itu ada dalam pengurusan kita. Mungkin kita lihat kalau dana ini berkembang, Insya-allah kita boleh mohon kepada kerajaan. Pada peringkat ini belum fokus sebab saya mahu fokus hal lain walaupun ada (cita-cita) ada sebab dana sudah ada cuma nak dijadikan bank. Tetapi kita tak fokus lagi pada ketika ini sebab tak mampu lagi. Bank ini urusannya memang terlalu besar. Lagipun Bank Pertanian (Agro Bank) ada. Kami tidak mahu fikir lagi setakat ini.

S: Masalah urus tadbir yang membelengg­u NAFAS, jaminan perkara itu tidak akan berlaku di bawah pengurusan baharu?

Saya kira dalam sejarah 40 tahun (penubuhan) NAFAS, itu kali pertama operasi NAFAS digantung. Mungkin keputusan itu dibuat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pemeriksa tetapi harap dalam pengurusan baharu ini, kita mengambil iktibar perkara lalu supaya peraturan itu diperhatik­an. Pastikan juga jangan ada penyelewen­gan dan itu pun menjadi dasar kerajaan baharu. Kita punya misi pun untuk pastikan semua perjalanan mengikut perancanga­n dan mengikut peraturan. Ada ketelusan dan tidak ada penyelewen­gan sememangny­a menjadi dasar Kerajaan Pakatan Harapan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia