Berita Harian

Maharaja Akihito turun takhta Selasa

Akihito turun takhta 30 April buka laluan istana Jepun

- Susunan Hazirah Che Sab

Memang jelas tiada anggota keluarga diraja mencukupi. Kita perlu menerima realiti. Ini adalah isu yang tidak boleh dielak untuk dibincangk­an” Keiko Hongo Profesor sejarah Universiti Tokyo,

Tarikh 30 April bakal mencatat satu lagi sejarah dunia apabila Maharaja Akihito, secara rasmi turun daripada takhta, yang pertama berbuat demikian dalam sejarah 200 tahun keluarga diraja Jepun.

Maharaja Kokaku memulakan langkah itu pada 1817, lebih dua abad lalu.

Akihito, 86, dilahirkan pada 23 Disember 1933 ialah putera sulung kepada Maharaja Hirohito dan Maharani Nagako.

Baginda menaiki takhta selepas kematian bapanya pada 7 Januari 1989 dan menjadi anggota ke-125 dinasti monarki paling tua dalam sejarah dunia.

Khabar mengenai hasrat Akihito untuk turun takhta bermula pada 13 Julai 2016, apabila stesen penyiar NHK melaporkan mengenai perkara itu.

Pada 8 Ogos, Akihito berucap kepada rakyatnya dalam mesej video.

Walaupun menegaskan, ‘menurut Perlembaga­an, Maharaja tidak mempunyai kuasa berkaitan dengan kerajaan’, bermakna baginda tidak boleh mengarahka­n secara langsung pindaan dibuat untuk menjadikan hasrat turun takhta dibolehkan,

baginda menekankan hasrat berbuat demikian.

Akihito menyuaraka­n masalah kesihatan sebagai punca utama baginda mahu turun takhta.

Beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung dan barah prostat.

Tiada anak lelaki

Keputusan itu sekali gus membuka jalan kepada Putera Mahkota Naruhito mengambil alih tugas menerajui Takhta Chrysanthe­mum itu.

Namun, ia tidak terhenti setakat itu kerana ketiadaan pewaris lelaki untuk mewarisi takhta menjadikan Negara Matahari Terbit itu berada dalam masa depan yang tidak pasti.

Ketika ahli perundanga­n Jepun meluluskan rang membenarka­n pemerintah turun takhta, mereka juga mengelakka­n isu lebih besar iaitu membuka peluang kepada anggota diraja wanita mewarisiny­a.

Lebih menyukarka­n keadaan, Naruhito dan isterinya, Puteri Mahkota Masako, tidak mempunyai anak lelaki.

Satu-satu anak mereka ialah Puteri Aiko, 18.

Tinjauan yang dibuat oleh agensi berita Kyodo mendapati 59 peratus rakyat Jepun ‚menyokong mempunyai Maharaja perempuan dan pewaris perempuan‘ manakala 86 peratus

menyokong supaya perempuan dibenarkan mewarisi takhta.

Benarkan wanita naiki takhta

Selepas kelahiran Aiko, kerajaan mula membincang­kan kemungkina­n membenarka­n perempuan mewarisi takhta tetapi isu itu diketepika­n selepas kelahiran Putera Hisahito, anak kepada Putera Akishino, pada 2006.

Sehingga kelahiran beliau, bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi sudah menyediaka­n perundanga­n membenarka­n wanita menaiki takhta kerana ketiadaan pewaris lelaki.

Rang itu kemudian ditarik balik selepas pengumuman kelahiran putera berkenaan walaupun rakyat menyokong Maharaja wanita.

Bagaimanap­un, kelahiran Hisahito tidak menjamin ketiadaan gangguan kepada barisan pewaris takhta.

Beliau berada dalam senarai ketiga, mewakili jurang generasi besar dalam warisan takhta yang dikuasai lelaki.

Senarai keempat untuk menduduki takhta berkenaan ialah datuk saudaranya, Putera Hitachi, 81.

“Memang jelas tiada anggota keluarga diraja mencukupi.

“Kita perlu menerima realiti. Ini adalah isu yang tidak boleh dielak untuk dibincangk­an,” kata profesor sejarah di Universiti Tokyo, Keiko Hongo.

Kekurangan anggota diraja

Jepun tidak selalunya mempunyai lelaki sebagai pewaris takhta.

Secara teori, ia boleh diwariskan kepada lelaki atau perempuan selagi mereka adalah keturunan zuriat lelaki daripada Maharaja pertama, Jimmu.

Sebelum Zaman Pemulihan Meiji 1868, lapan wanita bertindak sebagai Maharaja perempuan atas pelbagai alasan, termasuk menangguhk­an perbalahan mengenai pewaris dan berkhidmat sementara menantikan pewaris lelaki cukup umur.

Bagaimanap­un, ia berubah pada pertengaha­n abad ke-19, apabila pemimpin ketika itu menggunaka­n pakai model Prussia (Jerman) mengenai peraturan pewaris lelaki dan puteri dikecualik­an daripada warisan takhta.

Namun, dengan negara itu kini berhadapan kekurangan anggota diraja untuk menjalanka­n tugas rasmi, selain pewaris lelaki yang sedikit, isu itu kembali dimainkan.

Ramai rakyat negara itu juga berasa sudah tiba masanya untuk Jepun seiring dengan zaman moden, membenarka­n wanita mewarisi takhta.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Maharaja Akihito (tiga kiri) bermain dengan cucu yang turut menjadi inspirasi baginda.
Maharaja Akihito (tiga kiri) bermain dengan cucu yang turut menjadi inspirasi baginda.
 ??  ?? Putera Naruhito (kanan) bakal naik takhta pada 1 Mei ini.
Putera Naruhito (kanan) bakal naik takhta pada 1 Mei ini.
 ??  ?? Akihito bersama isteri ketika di zaman muda.
Akihito bersama isteri ketika di zaman muda.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia