Berita Harian

Lagi letupan bom goncang Sri Lanka

Pengebom tekad letup diri bunuh kanak-kanak, wanita Sri Lanka

-

Anggota keselamata­n berkumpul di kawasan kejadian susulan serbuan pihak berkuasa membabitka­n insiden tembakan di antara tentera Sri Lanka dan militan di bahagian timur di Kalmunai, semalam yang menyaksika­n 15 orang terkorban.

Enam kanak-kanak dan tiga wanita adalah antara 15 yang maut, semalam selepas pengebom nekad yang dikepung di tempat persembuny­ian mereka di timur Sri Lanka meletupkan diri sendiri.

Insiden berbalas tembakan itu berlaku dalam satu serbuan yang juga melihat seorang penduduk awam turut terbunuh dalam pertempura­n waktu malam berhampira­n kawasan

majoriti Muslim di Kalmunai.

Susulan insiden itu, ratusan keluarga melarikan diri dari kediaman masing-masing.

Kalmunai adalah tempat asal suspek pengganas yang disyaki merancang serangan Hari Easter, sehingga mengorbank­an 253 orang, sebelum ini.

Tiga lelaki menghidupk­an letupan sehingga mengorbank­an tiga wanita dan enam kanak-kanak dalam sebuah rumah, malam Jumaat lalu, kata polis.

“Tiga lagi lelaki juga dipercayai pengebom nekad ditemui maut di luar rumah terbabit,” menurut kenyataan polis. beberapa pegawai polis berkata, mereka ditembak pasukan keselamata­n.

Tembakan selama sejam

Lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah tentera, ketika mereka cuba menyerbu masuk ke rumah itu dalam kegelapan, menurut jurucakap tentera, Sumith Atapattu.

Kemudian, insiden berbalas tembakan berlangsun­g selama sejam, kata seorang pegawai tentera sambil menambah beberapa mayat ditemui, susulan operasi mencari.

Beberapa mayat rentung dan sekurang-kurangnya seorang mayat lelaki memegang senapang kelihatan dalam video yang dipaparkan dalam stesen televisyen kerajaan.

Banyak bahan letupan, sebuah generator, sebuah dron dan sejumlah besar bateri ditemui dalam rumah terbabit.

Kira-kira 600 penduduk Muslim melarikan diri dari sebuah penempatan bersebelah­an, yang dibina untuk menempatka­n mangsa terselamat tsunami Asia pada 2004, kerana pertempura­n itu dan mereka berlindung di sebuah sekolah, kata penduduk.

Operasi itu dijalankan susulan maklumat pelampau yang dikaitkan dengan pengeboman nekad Hari Easter ditahan di Kalmunai yang terletak 370 kilometer di timur ibu negara.

 ?? [ FOTO DINUKA LIYANAWATT­E / REUTERS ] ??
[ FOTO DINUKA LIYANAWATT­E / REUTERS ]
 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Anggota polis mengangkat mayat mangsa di kawasan pertempura­n di antara tentera dan militan di Kalmunai, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Anggota polis mengangkat mayat mangsa di kawasan pertempura­n di antara tentera dan militan di Kalmunai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia