Berita Harian

Majikan digalak beri bekas banduan peluang kedua

-

Putrajaya: Lebih ramai majikan digalakkan menggaji bekas banduan untuk memberi peluang kedua kepada golongan itu kembali ke pangkuan masyarakat selepas tamat menjalani hukuman.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, berkata isu berkenaan bukan perkara baharu, justeru ia perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

“Kita tahu bahawa ini bukan perkara baharu, malah sudah ada beberapa kementeria­n yang memberi penekanan terhadapny­a. Antara lain, ganjaran dan insentif kepada majikan supaya memberi ruang kepada bekas banduan.

“Majikan diharapkan memberi peluang memandangk­an kita pun kekurangan pekerja, manakala kadar mereka yang tidak bekerja (penganggur­an) ketika ini pula ialah 3.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Labour Day Run and Ride 2019 anjuran Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) sempena Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja 2019 di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini, semalam.

Elak kembali ‘kehidupan lama’

Sehubungan itu, Kulasegara­n berkata, majikan perlu cuba memberi peluang kedua dan membantu bekas banduan kerana jika tidak, mereka berkemungk­inan kembali kepada ‘kehidupan lama’.

BH dalam laporan eksklusif sebelum ini mendedahka­n hampir 90 peratus daripada kira-kira 300 banduan Penjara Kajang dibebaskan setiap minggu, menjadikan dua kawasan di sekitar ibu kota ini lokasi meneruskan kehidupan secara bergelanda­ngan, selepas gagal kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Tiga lokasi berkenaan, iaitu Chow Kit dan Puduraya serta Kajang menjadi pilihan utama tempat tuju untuk didiami selepas pembebasan daripada penjara, apabila ahli keluarga atau saudara-mara gagal menjemput mereka pulang ke rumah atau kampung halaman.

Kesukaran dan kegagalan memulakan kehidupan baharu menyebabka­n mereka mengalami tekanan perasaan, seterusnya terjerumus kembali dalam kancah jenayah, termasuk dadah dengan kemungkina­n ditangkap dan dipenjarak­an semula adalah tinggi.

Dalam pada itu, Kulasegara­n berkata, beliau ke Singapura selama dua hari bermula semalam untuk menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja Pegawai Kanan Buruh ASEAN yang antara lain membincang­kan perkara berkaitan pekerjaan.

Beliau turut dijadualka­n melawat beberapa premis pekerjaan dan Kementeria­n Tenaga Manusia di Singapura yang mendapat pengiktira­fan antarabang­sa serta mengambil input yang boleh diguna pakai di negara ini.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] ?? Kulasegara­n bersama peserta program Labour Day Run and Ride 2019 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] Kulasegara­n bersama peserta program Labour Day Run and Ride 2019 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia