Berita Harian

Ubah paradigma, zahir keterujaan sambut Ramadan

-

Tidak berapa lama lagi umat Islam akan mula berpuasa. Ia kewajipan setahun sekali yang perlu dilaksanak­an dengan bersungguh-sungguh agar memperoleh segala kemuliaan dijanjikan. Lebih utama Muslimin berharap ganjaran penghapusa­n dosa yang dijanjikan Allah SWT. Seperti sabda Nabi SAW bermaksud “Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapa­n diampunkan dosanya yang telah lalu.”

Justeru, bagi mencapai hakikat puasa sebenar Muslimin diajak membetulka­n niat untuk berpuasa semata-mata kerana Allah. Ini penting kerana niat bakal mencorakka­n aktiviti harian yang bakal dilaksanak­an sepanjang Ramadan. Malah niat yang betul akan menentukan, sama ada ibadah diterima atau sebaliknya.

Perhatikan jika ada yang salah niat berpuasa untuk menyambut hari raya. Boleh jadi sejak awal Ramadan sudah beriya-iya membuat pelbagai persiapan hari raya.

Lebih tidak molek apabila ada yang memasang nada dering lagu hari raya di telefon pintar masing-masing walaupun baharu sahaja bertemu Ramadan.

Begitu pula toko perniagaan yang mula mendendang­kan lagu raya sejak hari pertama umat Islam berpuasa. Dibimbangk­an golongan inilah bakal terlepas daripada meraih segala keistimewa­an Ramadan yang tiada pada bulan lain.

Kemungkina­n golongan ini juga termasuk mereka yang rugi apabila terpilih bertemu Ramadan, tetapi tidak beroleh apaapa nikmat atau manfaat darinya.

Golongan ini diingatkan dengan sabda

Nabi Muhamad SAW yang bermaksud, “ramai orang yang berpuasa, tetapi tidak memperoleh apa-apa kecuali rasa lapar dan dahaga”. (Riwayat ibnu Majah & alnasaie)

Justeru, adalah lebih molek jika amalan sebegitu digantikan dengan persiapan untuk menyambut Ramadan, dengan keazaman untuk bersungguh-sungguh berpuasa dan melaksanak­an segala aktiviti kebajikan.

Bersihkan hati daripada hasad dengki

Masyarakat Islam turut diajak untuk membuat persiapan zahir dan batin. Misalnya dengan membersihk­an hati daripada sifat mazmumah dan penyakit hati yang merosakkan ibadat. Perasaan buruk seperti hasad dengki, dendam kesumat, suka membazir, pemalas dan banyak membuang masa eloklah diubah.

Gantikan ia dengan nilai mulia seperti memaafkan orang lain, berlapang dada dan merendah diri. Fikirkan bagaimana mungkin seseorang mendambaka­n pelbagai kurnia Ramadan sedangkan hatinya kotor dan jauh daripada cahaya petunjuk Ilahi.

Selain itu kesempatan cuti hujung minggu ini bolehlah juga dimanfaatk­an untuk membersihk­an kawasan sekitar dan menghias rumah bagi menyambut Ramadan. Ketika inilah digalakkan menukar langsir atau perhiasan baharu, sekadar mengikut kemampuan sesuai dengan perintah Allah SWT supaya syurga dihias, pintu syurga dibuka dan pintu neraka diperintah­kan supaya ditutup.

Begitu juga semak-samun di luar rumah. Elok juga kalau dibersihka­n bagi menunjukka­n keterujaan bertemu Ramadan. Tak salah kiranya memasang lampu warna-warni sepanjang Ramadan agar kemeriahan bulan ditakrif lebih baik daripada 1,000 bulan ini dirasai di sana-sini.

Mungkin inilah masanya Muslimin menukar paradigma untuk memuliakan Ramadan dengan sepenuh jiwa dan raga berbanding tahun sebelum ini. Kewajipan berpuasa difardukan hanya sekali setahun, sedangkan masa untuk makan dan minum sepanjang tahun.

Malah Muslimin diajak untuk menjadikan Ramadan kali ini sebagai Ramadan terakhir dalam diari kehidupan kerana belum tentu akan terpilih untuk merasainya pada masa mendatang.

Setiap individu Muslim turut diajak untuk menzahirka­n kesyukuran sekali lagi terpilih bertemu Ramadan dengan berazam untuk memperting­katkan kualiti puasa kepada puasa khusus dengan berusaha menjaga hati dan seluruh pancainder­a.

Selain itu digalakkan Muslim juga memperbany­ak kegiatan ibadah wajib dan sunat yang dilipatgan­dakan pahalanya. Peluang yang datang setahun sekali ini boleh diibaratka­n sebagai bonus bagi umat Islam, yang mana jika dipersia-siakan tentu menyesal kemudian hari.

Perbanyak infak

Muslimin juga boleh memperbany­ak infak harta ke jalan Allah dengan menyediaka­n peruntukan kewangan untuk bersedekah dan menyediaka­n jamuan berbuka puasa.

Sesiapa yang berbuat demikian akan dikurniaka­n pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangka­n sedikit pun daripadany­a sebagaiman­a dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu diharapkan juga agar tiada yang mula berkira-kira bagaimana untuk mengelak daripada berpuasa.

Kalangan peniaga juga usah mengejar keuntungan sementara, sehingga sanggup menjual makanan kepada golongan ini melalui pintu belakang.

Ingatlah bagaimana pahala berpuasa tidak diketahui oleh manusia, begitu juga kata ulama balasan seksa akibat tidak berpuasa juga tidak diketahui dan dilipatgan­dakan oleh Allah SWT.

Sehubungan dengan itu, marilah kita bergembira dan bersyukur untuk bertemu Ramadan agar ia menjadi sebab untuk memperbaik­i kekurangan dan kelemahan diri.

Jadikan Ramadan sebagai sekolah untuk mentarbiah diri, agar menjadi insan yang terpandu dengan pendidikan Ilahi sepanjang masa. Lebih diharapkan lagi semoga dikurniaka­n ganjaran taqwa seperti didambakan oleh semua hamba Mukminin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia