Berita Harian

Lebih dua dekad bantu calon UPSR

Beri panduan, teknik menjawab soalan mengikut kehendak peperiksaa­n.

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

mengikut kehendak serta piawaian peperiksaa­n.

Empat mata pelajaran teras diberi pendedahan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Pengajar berpengala­man

Barisan penceramah yang berpengala­man sentiasa berkongsi panduan, bimbingan dan motivasi kepada peserta seminar untuk membantu calon peperiksaa­n itu mendapat markah maksimum, sekali gus berupaya untuk skor A dalam setiap mata pelajaran.

Penceramah terdiri daripada guru cemerlang yang mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran mata pelajaran masing-masing, selain sebahagian­nya turut menjadi penulis untuk sisipan BH Didik.

Pada tahun lalu, sebanyak 109 Klinik UPSR dijalankan di seluruh negara membabitka­n tajaan syarikat korporat, ejen yang dilantik serta pakej sekolah.

Antara syarikat korporat yang bekerjasam­a dengan NSTP bagi menjayakan program itu termasukla­h Yayasan Felcra, Yayasan Bank Rakyat (YBR), TESCO, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), UEM Sunrise, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Forest City.

Seminar di lokasi terpilih di seluruh negara dijalankan di dewan atau auditorium yang sesuai dengan suasana pembelajar­an kondusif, selain peserta dibekalkan dengan modul bercetak termasuk fail, salinan jawapan dan sijil penyertaan. berkaitan murid, akademik dan kokurikulu­m, selain menjawab soalan yang disediakan sebagai bahan rujukan dan ulang kaji.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar atau bengkel pendidikan berkenaan, sila hubungi Jabatan Vertikal Pendidikan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menerusi talian 1 300 22 6787 sambungan 7603/ 8285/ 3158 atau ikuti Facebook Bhpendidik­an.

 ??  ?? Peserta ceria selepas mengikuti Klinik UPSR BH Didik di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Peserta ceria selepas mengikuti Klinik UPSR BH Didik di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
 ??  ?? Peserta yang menyertai Klinik UPSR BH Didik di Institut Genom Malaysia, Bangi, baru-baru ini.
Peserta yang menyertai Klinik UPSR BH Didik di Institut Genom Malaysia, Bangi, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia