Berita Harian

Pemandu maut kereta rempuh besi penghadang

-

Bidor: Seorang lelaki maut, manakala dua individu lain termasuk tunangnya cedera dalam kemalangan membabitka­n sebuah Proton Wira yang terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 349.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, Muhammad Azry Izwan Rohaizad,22, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan dan tersepit di tempat duduk pemandu.

Difahamkan, dua penumpang kereta berkenaan, iaitu tunang mangsa berusia 22 tahun serta seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti masing-masing, cedera di bahagian kepala dan kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superinten­dan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata siasatan awal mendapati Proton Wira dipandu mangsa dari Kuala Lumpur menghala ke Taiping itu dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaann­ya dan melanggar besi penghadang di bahagian kiri jalan. Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarka­n bomba sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua penumpang cedera

“Dua penumpang kereta itu cedera dan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.26 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba anggota mendapati seorang tersepit di tempat duduk pemandu, manakala dua lagi sudah dikeluarka­n oleh orang awam dan dibawa ke hospital. Bomba menggunaka­n peralatan menyelamat dan berjaya mengeluark­an pemandu sebelum pasukan perubatan tiba dan mengesahka­n lelaki itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Jenazah mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan jam 9.37 pagi.

 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ?? Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas di Kilometer 349.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Bidor, semalam.
[FOTO IHSAN PDRM] Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas di Kilometer 349.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Bidor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia