Berita Harian

3 beradik tumpang kasih saudara, nenek

Anak yatim baru kematian ibu bapa perlu bantuan sara hidup

- Oleh Norasikin Daineh

Tiga beradik menjadi yatim piatu dalam tempoh dua minggu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit kronik.

Mohd Fareez Aiman Kassim, 10, Mohd Fareez Hafizul, 9 dan adik bongsu mereka, Nurhikmah, 6, yang menetap di Kampung Gerama di sini, kini terpaksa menumpang kasih dengan bapa saudara serta nenek mereka yang sudah tua.

Menurut Musa Juali, 50, arwah adiknya Kassim, 49 dan isteri, Siti Mastura Zakaria, 38, dikesan menghidap kanser perut dan kencing manis sebelum masing-masing meninggal dunia dalam tempoh dua minggu.

“Adik saya dan isterinya

menghidap penyakit kronik dan tidak berdaya untuk bekerja bagi menyara tiga anak mereka disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi.

Kesihatan makin merosot

“Sebelum ini, mereka lima beranak menetap di Sungai Koyan, Pahang dan tahun lalu, adik saya memaklumka­n beliau dan isterinya menderita akibat penyakit yang mereka hadapi,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Batandok Lubak di sini, kelmarin.

Sebaik mendengar perkhabara­n itu, Musa berkata beliau dan adik-beradik lain berbincang sebelum memutuskan mengambil lima beranak itu dari Semenanjun­g untuk dibawa pulang ke kampung pada November tahun lalu.

“Tahap kesihatan mereka semakin kritikal apabila kaki arwah adik ipar mulai buruk dan berulat manakala arwah adik saya pula dikesan menghidap kanser perut tahap empat ketika itu.

“Arwah ibu tiga beradik ini pergi terlebih dulu pada 9 April lalu sebelum arwah bapa mereka menyusul 13 hari kemudian iaitu pada 21 April lalu di Hospital Beaufort,” katanya.

Katanya lagi, selepas kira-kira seminggu kehilangan ibu bapa mereka, tiga beradik itu kini dalam jagaan abang dan ibunya yang berusia 70 tahun di Kampung Gerama.

“Buat masa sekarang, tiga beradik ini dalam jagaan abang saya di kampung dan kami juga bergilir-gilir menjaga mereka termasuk menyara perbelanja­an persekolah­an mereka.

“Bagaimanap­un, disebabkan abang saya hanya bekerja sendiri dengan melakukan kerja kampung, untuk menyara tiga beradik sekali gus bukan mudah dan disebabkan itu kami memerlukan bantuan orang ramai,” katanya.

Urus diri sendiri

Sementara itu, Mohd Fareez Aiman atau lebih mesra disapa sebagai Along, berkata walaupun sudah biasa dengan keadaan itu (tiada ibu bapa) disebabkan kedua arwah ibu bapanya kerap masuk ke hospital, mereka tiga beradik tetap teringatka­n kedua-dua orang tua.

“Kami sudah biasa mengurus diri sendiri termasuk bersiap ke sekolah kerana kedua-duanya sakit sejak beberapa bulan lalu iaitu arwah ibu sudah lama tidak boleh berjalan manakala arwah ayah semakin tidak berdaya.

“Sehingga kini, memang masih teringatka­n mereka terutamany­a adik yang bongsu tetapi kami hanya dapat mendoakan semoga arwah ibu dan bapa tenang di sana,” katanya.

 ??  ?? Mohd Fareez Hafizul
Mohd Fareez Hafizul
 ??  ?? Nurhikmah Kassim
Nurhikmah Kassim
 ??  ?? Mohd Fareez Aiman
Mohd Fareez Aiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia